Saturday, July 28, 2007

Almond London

Selamat Datang ke Dapur Maklang
Ni resepi basic biskut untuk nak buat Almond London.

1 buku butter1 cawan gula icing
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras1 cawan tepung jagung
1 sudu makan emplex2 sd makan gajus yang di blend.
Mixkan butter and icing sugar . Lepas tu masukkan tepung2 tu.
Terakir baru masukkan tepung gandum. Sekiranya adunan dah ok
(Tak perlu masukkan semua gandum). Adunan jangan terlalu kering ye.
Last baru masukkan gajus.
Bakarkan almond sehingga gareng. Sejukkan.Balutkan almond dengan adunan tepung tu.
Bakarkan sehingga kekuningan.Cairkan coklat bar dengan hi-fat (boleh dapat kat kedai jual bahan kueh).
Jangan terlalu cair.

Maaf maklang tak tahu sukatan dia. Main agak2 aje. Maybe 2 keping bar tu boleh letak 2-3 sd hi-fat tu. Letakkan biskut yang dibakar tu dalam cupcakes yang kecik tu. Then letakkan coklat cair tu untuk nak coat the biskut. Tunggu sampai coklat dah keras lepas tu baru disimpan.Resepi ni memang sedap. Dari kawan maklang. Tiap Raya , dia jual beribu2 biskut ni. Cubalah, mana tahu sedap jugak!Selamat Datang ke Dapur Maklang



Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Nasi beryani

Beryani ayam
Acar mentah
Nasi beryani set
Selamat Datang ke Dapur Maklang



Hari ini, maklang masak Nasi Beriani. Dah lama betul tak maak beriani. Last sekali entah dekat 2 tahun lepas. Rempah beryani yang maklang biasa guna pub dah habis. So, guna aje rempah beryani yang Wan Pari bagi entah berapa lama dulu.

Jom kita masak...

Bahan2 untuk nasi:

3 put beras Basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
1/2 put yogurt ( boleh digantikan dengan 1/2 put susu pekat dicampurkan dengan 2-3 sdb perahan air limau nipis)
Sedikit garam mengikut rasa
3 biji lada merah }
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning, saffron(koma-koma) dan air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka


Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumis bwawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
Apabila mendidih, masukkan beras.
Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
Apabila nasi tlah masak, ambilkan minyak dari lauk beryani dan diletakkan kedalam nasi. Ambil jugak sedikit dari rempah beryani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan 3sdb air mawar bersama saffron. Renjis2kan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar
Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi



Lauk Beryani
1 1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
Rempah beryani 1-2 packet
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
4 biji tomato masak dimesin halus
1/2 tin tomato puree
4sdb madu
2 sdb gula putih
1 sdb gula merah
2 adb HP sauce (kalau tak ada tak pe)
1/2 tin susu cair
4 biji lada hijau dipatah2kan sepanjang 1 inci
10 biji badam dimesin halus
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka
garam mengikut rasa

Caranya:

Gorengkan ayam bersama garam dan kunyit. Jangan terlalu masak.

Panaskan mnyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan rempah tumisan bersama bawang merah yang dihiriskan.
Masukkan bahan2 yang dimesin tadi.
Apabila telah naik bau, masukkan rempah berani.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, badam, HP sause,
lada hijau, madu, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
Masukkan pula daun2 tadi bersama kismis dan gajus.
(Biasanya maklang tak letak banyak sangat dalam gajus sebab nanti tak jumpa! Baik masukkan kat dalam nasi. Senang carik!)
Apabila telah betul2 masak, ambil minyaknya dan letakkan kat dalam nasi.


Acar mentah

1 biji Timun di hiris nipis sepanjang 1.5 inci. Hempulur nya dibuang
1 biji carrot juga dihiris nipis sepanjang timun
bawang kecil dihiris
bawang putih dihiris
2 biji lada merah dihiris
1 biji tomato dipotng nipis
sedikit garam dan gula

Campurkan semua bahan. Acar ini tak dicampur dengan cuka. Tomato boleh digunakan sebagai pengganti cuka. ( Maklang pun sebenarnya taj tahan dengan cuka ni. Boleh buat perut masuk angin!)





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Read more

Friday, July 27, 2007

Gado gado



Selamat Datang ke Dapur Maklang




Bahan-bahannya:
3 biji lada merah
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Sebesar ibujari asam jawa ( dibuangkan bijinya)
2 sdt gula merah
3 helai daun purut
1 cawan kacang tanah digoreng
½ inci persegi belacan yang telah dibakar.
Sedikit garam jika perlu.
Caranya:
Tumbuk lada merah, cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
Campurkan dengan belcan, gula merah dan asam jawa ( bukanairnya tau, asam jawa itu sendiri)
Tumbuk lagi bersama daun limau purut sehingga lumat.
Tumbukkan kacang agak kasar2.
Boleh juga dicampurkan sedikit garam mengikut rasa masing2.
Campurkan dengan ½ cawan air. Kuah ini agak pekat. Jadinya atas kita sendiri mengagaknya.



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Thursday, July 26, 2007

Sambal Jawa



Selamat Datang ke Dapur Maklang

Hari ini kita masak lauk kesukaan maklang sejak dari kecik2 dulu.


Bahan2nya:
15 ekor udang dibuang kepala , janggut serta kulitnya tetapi tinggalkan ekornya ( ekornya yang membuatkan udang manis)
10 batang kacang panjang/ boncis di hiris menyerong lebih kurang 1 inci panjang
1 biji carrot dipotong 1.5 inci panjang dan dibelah 8.
1 keping tempeh (plastik) dipotong ½ inci persegi digoreng
2 keping tauhu dipotong ½ inci persegi digoreng
2 biji bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
½ inci halia dihiris nipis
½ inci persegi belacan ditumbuk
Sedikit air asam jawa yang pekat
½ cawan santan pekat
Suun 50 sen
2 sdm lada kering yang telah diblend
½ sdt kunyit
Sedikit garam dan gula



Caranya:


Tumis bawang putih, bawang merah, dan halia yang telah dihiris bersama cili kering.
Bila cili kering telah garing, masukkan belacan.Goreng lagi
Masukkan udang dan air asam jawa.
Masukkan tempeh dan tauhu berserta suun. Kacau rata.
Masukkan kacang panjang dan karot dan kacau rata.
Masukkan santan, garam dan gula.
Bolehlah diangkat. Jangan biarkan kacang terlalu masak.Semua mendapat manafaat dari blog ini



Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Ayam Bakar


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Ayam Bakar ( Style Mat Salleh)

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong 4 dan dibersihkan.(jangna buang kulit)
Ayam hendaklah ditoskan dan dilapkan supaya kering

1/2 botol sos BBQ Heinz/ knorr
1/2 botol sos worchestershire (betul ke eja ni)
1/2 botol HP sos
( semua sos di atas boleh di dapati di supermarket)

4 sdb lada hitam dicuci dan di tumbuk kasar


Caranya:

Campurkan ketiga-tiga sos yang tersebut di atas bersama dengan lada hitam.

Lomorkan ayam dengan sos tadi hingga rata. Sebaiknya sos tersebut juga dimasukkan diantara kulit dan isi ayam.

Perapkan ayam selama ½ jam sebelum dibakar.

Kemudian bakar ayam selama lebihkurang 1 jam dalam kepanasan api 180oC.

Semasa membakar, hendaklah sapukan ayam dengan campuran sos tadi supaya ayam tidak kering. Terakhir letakkan api kepada grill selama 10 min supaya kulit ayam agak gareng.




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Wednesday, July 25, 2007

Tauhu Lada Hitam




Selamat Datang ke Dapur Maklang
Bahan-bahannya:

5 keping tauhu putih yang lembut ( boleh juga digantikan dengan tauhu Jepun)
1 labu bawang besar dipotong memanjang
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sdt lada hitam ditumbuk halus
1 biji tomato yang sedang dibelah 6
10 biji cendawan butang dibelah 4
½ sdt gula
4 sdm sos tiram
½ sdt minyak bijan (jika suka)
½ cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng tauhu
Sedikit garam

Caranya:

Tauhu di potong empat dan digoreng tetapi jangan terlalu garing.
Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga garing.
Masukkan sos tiram, kacau kan dan kemudian masukkan air dan bawang besar
Masukkan cendawan butang dan biarkan sebentar. Kacau rata
Masukkan tomato buah dah gula, garam dan tauhu yang telah digoreng.
Kacau dan balik2kan supaya kuah rata pada tauhu.
Letakkan sedikit minyak bijan jika mahu dan kacau rata.
Dah siap…boleh diangkat dan di makan….

Selamat menjamu selera!

Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Lemon Chicken



Lemon Chicken


Bahan2 A:









1 ekor ayam dipotong sederhana besar, dicuci dan ditoskan.
Golekkan dalam tepung jagung yang dah dicampurkan dengan sedikit garam. Gorengkan sehingga gareng dan angkat. ( kalau dia cokelat2 sikit baru sedap!)

Bahan B:

1/2 cawan jus lemon sunquick
1 1/2cawan gula pasir cawan air
1 cawan ai r
Sedikit tepung jagung yang dah dicampur dengan air untuk memekatkan sos.

Caranya:

Tumiskan bahan diatas. aatas api sampai sos agak pekat.Tuangkan sos atas pinggan. Lepas tu susunkan ayam atas sos.S

Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sos-sos enak..

Selamat Datang ke Dapur Maklang

Sos kicap dan tomato.
Sos ni kami pick-up masa gi Jakarta dulu. Kami pergi makan kat kedai Sunda dan dia hidangkan sos ni. Cik Abang tang sos ni kebanyakkan dia sukalah buat menambah selera yang memang selalunya berselera.Alhamdulillah….

Bahan2 :'
1 bj tomato yang fresh dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
5-6 biji cili padi di potong kecil2 (ikut suka kalau nak pedas lagi tambahkan lada tu)
Kicap manis tapi paling sedap guna kicap Bango atau ABC, produk Indonesia

Semua bahan2 dicampurkan bila nak makan. Sebabnya kalau digaul awal2 nanti air dari bawang dan tomato tu akan menyebabkan sos tu cair sangat.
Sos ni sedap dimakan dengan tempe dan tauhu yang digoreng kosong.

Sos tauhu dan tempe lagi

Bahan2:
4 biji lada merah
10-15 biji cili padi5 ulas bawang putih
6 biji bawang merahKicap Bango/ ABC atau Cap Kipas Udang yang manis.

Bahan2 diatas, dicuci dan digoreng dalam minyak yang panas selama 5-10 mins sehingga agak layu. Angkat dan toskan. Kemudian di blend dengan kicap Bango atau ABC. Kalau tak ada boleh guna kicap Cap Kipas udang tu. Tapi tambahkan lagi bawang putih dan bawang merah supaya pekat sedikit. Kicap tu quantity nya biar menutupi bahan2 tu bila dah masuk kat dalam blender tu. Agak2 dah boleh blendlaa. Kalau sikit sangat nanti blender tu tak mau pusing. Blend sampai bahan2 tu hancur.Lupa pulak. Sos ni pun sedap makan dengan tauhu dan tempe. Perisa you…nak cecah dengan keropok pun sedap.

Sos Rojak India or rather Kuah Rojak India

Biasa tak makan rojak India? Macam biasalah Pak Lang kalau rojak2 ni memangle feberet dia. Nak buek camno. So terpaksalah maklang mintak resepi ni dari my late MIL. ( Moga2 rohnya dicucuri Rahmat....)

Bahan2:

2 cawan lada kering yang diblend
Air asam jawa 8 cawan. Jangan terlalu pekat nanti kuah tu masam pulak.
½ packet biskut marie yang diblend. Ni pun ikut kepekatan.
1 cawan kacang tanah yang digoreng dan diblend kasar
1 cawan gula merah dan sedikit gula putih. Yang ini kena adjust ikut kemanisan yang kita suka.

Mula2 masakkan lada dan air asam jawa sampai menggelegak. Lepas tu masukkan biskut marie tu. Hati2 ye, biskut marie tu seeloknya di gaul dengan air biasa dulu sampai sebati. Lepas tu baru masukkan dalam kuah yang mendidih tu.

Masukkan gula merah dan gula putih mengikut rasa.

Masakkan atas api kecil supaya tak hangus.

Resepi memang garamless. Tapi kalau nak masin sikit, tambah le garam tu.

Sedap makan dengan cucur udang, cucur kelapa, kentang , telor, sotong celup tepung, sengkuang dan timun yang dihirs nipis. Kalau dah campur semua, jadilah Rojak India.

Sebenarnya ada sos2 lagi tapi malas lah nak taip....so nanti rajin maklang masukkan lagi.

Selamat Datang ke Dapur Maklang
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba
!
Read more

Ayam Masak Serai



Ayam masak serai


1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

Selamat Datang ke Dapur Maklang
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, July 24, 2007

Ikan Tilapia Merah Goreng Tomato


Bahan2nya:

2 ekor ikan tilapia dibuang perutnya dan direndam dengan air asam jawa dan perahan air limau serta sedikit garam

2 labu bawang besar dihiris bulat

2 ulas bawang putih dihiris

4 sudu besar sos tomato

1 biji lada hijau dipotong serong

Minyak untuk menggoreng

Sedikit garam

Sedikit kunyit

Sepokok daun bawang yang dipotong seinci panjang untuk hiasan


Caranya:


Ikan tilapia dilumurkan dengan garam dan kunyit.
Goreng ikan tilapia sehingga gareng. Jikalau tidak cukup gareng, isi nya terlalu lembik
Apabila telah gareng, angkat ikan tersebut dan toskan minyaknya.
Tumiskan sos tomato sebentar dan kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang . Kacau sebentar dan masukkan lada hijau yang telah dihiris tadi.
Masukkan sedikit garam.
Apabila telah mendidih curahkan kuah ke atas ikan tadi. Hiaskan dengan daun bawang jika suka.
Selamat Datang ke Dapur Maklang
Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Udang Goreng Bercili


Udang goreng bercili

1/2 kg udang kertas dibuang janggutnya

1 labu bawang besar dihiris memanjang

2 ulas bawang putih dihiris

15 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

1 biji lada hijau dipotong serong

1 biji tomato dipotong bulat

Minyak untuk menggoreng

2 sudu gula pasir

Sedikit garam

Sedikit kunyit

Sepokok daun ketumbar untuk hiasan


Caranya:


Udang dilumurkan dengan garam dan kunyit dan digoreng gareng.
Apabila telah gareng, angkat udang tersebut dan toskan minyaknya.
Tumiskan lada kering tadi sehingga gareng dan kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang . Kacau sebentar dan masukkan lada hijau yang telah dihiris tadi.
Masukkan tomato yang dipotong bulat
Masukkan sedikit garam.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan rata. Hiaskan dengan daun ketumbar jika suka
Selamat Datang ke Dapur Maklang
Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Monday, July 23, 2007

Laksa Johor

Bahan ulaman
Laksa Johor
Selamat Datang ke Dapur Maklang


Laksa Johor

Bahan2nya:

Bahan A untuk dimesin halus

10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1/2 cawan udang kering


Bahan B:

1.5 kg ikan kembong/ tenggiri/ parang/ selayang direbus dengan sedikit air dan asam keping. Kemudian ambil isi ikan dan di mesin sehingga halus ( campurkan dengan sedikit air rebusan supaya senang diblend). Tulang2 dan kepala ikan juga diblend (asing dari isi) dengan air rebusan ikan tadi dan diperahkan. Ambil airnya.

Bahan C:

5-6 sudu besar rempah kari ikan ( kalau ada rempah laksa lagi sedap)
2 pelepah daun kari
1-2 biji bawang merah di mayang

Bahan D:

Asam keping, garam dan gula
Santan dari 1 biji kelapa
1 bungkus spaghetti yang di rebus. Jangan terlalu lembut sebab tak sedap nanti!
Santan dari 2 biji kelapa ( kalau tak pun guna santan kotak aje- 2 kotakkecil sudah memadai)
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik

Ulam-ulaman
1-2 biji timun dibuangkan kulitnya. Kemudian potongkan keliling timun dibahagian yang keras (nipis2)macam membuat satu bulatan. Kemudian gulungkan isi timun tadi dan dihiris halus
2 ikat daun kesom,dibuangkan tangkai dan di hiris halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
1 paket lobak asin dipotong dadu
Daun selasih dihiris halus
50 sen taugeh dibuang ekornya
15 biji limau kasturi dibelah 2 dan dibuang bijinya
Sambal belacan ( Tumbukkan lada merah , cili padi dan belacan. Lebihkan belacan dan letakkan sedikit gula dan garam)


Cara2nya:

1. Mula2 tumiskan bawang dahulu (bahan C). Bila dah agak brown masukkan daun kari dan kemudian masukkan bahan A. Kemudian masukkan pula kari ikan dan sedikit air dan digoreng sehingga naik minyak. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus.

2. Masukkan santan dan isi ikan tadi berserta air rebusan ikan.

3. Masukkan kerisik.

4. Terakhir baru masukkan asam keping, garam dan sedikit gula untuk perisa.

5. Masakkan atas api yang perlahan sehingga naik minyak. Sedap di makan jika kuahnya sudah bermalam.

Biasanya laksa Johor ni dimakan dengan tangan. Oleh itu kuahnya hendaklah agak pekat sedikit.






Semuga mendapat manafaat dari blog ini.
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Friday, July 20, 2007

Carrot cake


Selamat Datang ke Dapur Maklang
Carrot Cake @ Nasi himpit Goreng


Bahan2nya:

Nasi impit yang telah dipotong ( lebihkurang satu mangkuk seperti dalam gambar)
2sdb lada kering blend
2 ulas bawang putih
1 packet lobak asin yang telah dipotong nipis.
5 pokok daun kucai dipotong sepanjang 1 inci
2 biji telur ayam dipukul
2sdb kicap masin
2sdb kicap mee ( kicap pekat)

Caranya:

1. Gaulkan nasi impit yg telh dipotong dengan telor yang dipukul. Gorengkan nasi impit yang telah dipotong selama beberapa minit sampai telor masak. Kemudian toskan.

2.Tumis lada kering dan bawang putih sehingga garing.

3. Masukkan kicap masin dan kicap pekat dan kacau rata.

4. Masukkan lobak asin.

5. Masukkan nasi impit yang telah ditos tadi

6.

7. Terakhir masukkan taugeh dan kucai. Taugeh dan kucai jangan terlalu lembik sebab carrot cake ni kalau makan dengan taugeh separuh masak, lebihlah enak ..



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, July 17, 2007

Lontong Johor dan Ayam Goreng Ketumbar

Selamat Datang ke Dapur Maklang

Assalamualaikum

Atas permintaan dari Dr. kat Perak tu, disini maklang letakkan resepi Lontong Johor. Ayam Goreng Ketumbar tu , kira Bonus laaa...


Untuk nak buat nasik himpit, biasanya sukatan nya ialah seperti berikut:

1. Biasanya maklang akan ukur separuh size plastic yang kita gunakan itu. Contohnya plastic yg digunakan ialah 3x6 inci. Makan tinggalkan basi untuk nak staple atau nak lekatkan hujung plastic supaya beras tak keluar.

2. Jadinya ukuran sebenar kita akan guna ialah 3x 5 inci. Cuci beras dan masukkan beras sampai 3x2.5 inci. Sealkan plastic itu pada ukuran 5 inci. Cucukkan menggunakan garfu pada plastic. Jangan cucuk banyak sangat sebab kalau banyak sangat air masuk, nanti nasi jadi lembik sangat.

3. Rebus lebihkurang 3 jam.

Peringatan:

Plastic yang digunakan hendaklah yang tebal sedikit dan tahan panas.



Ini nasi impit. Lembut jadinya kalau ukurannya betul!

Ini nasi impit yang dah di potonglaa...




Kuah Lodeh


1-2 biji lada merah dihiris.
3 ulas bawang puti, 4 biji bawang merah, se inci halia di tumbuk atau blend hingga lumat
2 sdb lada kering
kacang panjang di potong serong lebih kurang 1 inci panjang
1/4 bj kobis di potong 1 inci persegi
sebiji lobak merah
suun
1 biji terung dibelah 2 dah dipotong serong
1-1.5 biji kelapa di perah santannya, jangan terlalu cair ya...nanti kuah dia jadik lebih cair bila masuk sayur!
3 sdb udang kering direndam dan ditmbuk lumat
2 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
2-3 keping tauhu di ptong 3 segi (jadik 4) dan digoreng
1-2 keping tempeh di goreng dengan garam kunyith
garam secukupnya dan kunyit serbuk untuk mewarnakannya
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis, bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga naik baunya.

2. Kemudian masukkan santan.

3. Apabila santan mendidih, masukkan lobak. kacang dan terung. Seeloknya masukkan terung dahulu kerana terung mengambil masa yang lama untuk lembut.

4. Apabila terung sudah lembut baru masukkan kobis dan tauhu dan suun, garam dan kunyit. Masukkan jugak asam gelugor tadi.

5. Apabila dah mendidih, angkatlah. Jangan letak lama2 sangat atas api, nanti lodo jadiknya sayur tu. Lodo tu tau tak apa? Lembik and tak sedap!

6. Biasanya maklang tak campurkan tempeh sekali sebab tempeh menyebabkan lodeh cepat basi!




Ini Masak Lodeh...


Kuah kacang

4 biji bawang merah diblend
3 ulas bawang putih jugak diblend
6 sdb lada kering yang telah diblend
3 batang serai diblend
3-4 sdb gula merah
sedikit garam
sekepal asam jawa diambil airnya menjadi 2 cawan
1.5 cawan kacang tanah digoreng dan di tumbuk atau blend kasar
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:

1. Panaskan minyak. Biasalahkan.

2. Tumiskan bahan2 blend dan bila dah gareing atau naik bau, masukkan air asam.

3. Masukkan kacang tanah.

4. Masukkan garam. Ingat masak atas api kecil dan hendaklah sentiasa di kacau sebab takut hangus!

5. Apabila telah naik minyak(minyak dah keluar dari kacang), apinya bolehlah ditutup.
Ini kuah kacang


So, dah cukup semuanya, bolehlah makan lontong kita ni.....Sedap jugak kalau ada sambal tumis ikan bilis, rendang daging, rendang ayam dan telur rebus. Kalau nak rasa macam raya...nyanyilah lagu Raya...ha..ha...


Eh lupa pulak Bonus:
Ayam Goreng Ketumbar

Seekor ayam dipotong dan dibersihkan dan ditoskan
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci kunyit hidup atau satu sdt kunyit serbuk
secawan ketumbar.

Caranya:

1. Semuan bahan di atas, di perapkan bersama ayam lebihkurang 15 mins.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam seperti biasa.

3. Apabila rempah telah kekuningan dan ayam telah masak, boleh diangkat. Sedap jugak makan dengan lontong, kalau tak nak lontong terlalu heavy sebab makan dengan rendang.

Ini ayam goreng ketumbar...


Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Monday, July 16, 2007

Bakso

Selamat Datang ke Dapur Maklang

Resepi ini jugak untuk OO: Sorrylah berbulan baru maklang dapat masukkan.

Untuk kuah:
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 -3 sdt lada putih serbuk
sedikit garam

1.Rebus air secukupnya bersama bawang putih dan lada putih serta garam.

2. Masukkan bakso.

Untuk membuat bakso.

Sepacket daging cincang. dicuci dan ditoskan
2-3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2-3 sdt lada putih sedikit tepung sagu untuk melekatkan campuran daging

Caranya:

1. Semua bahan digaul rata dan dibulat2kan dan direbus bersama air rebusan di atas.
Bahan2 lain untuk menjadikan bakso:

mee hoon dicelur dan ditoskan.
Sosnya boleh guna sos thai
bawang goreng
Kobis yang dihiris halus



Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Rojak India

Selamat Datang ke Dapur Maklang.

















Kali ini maklang letakkan resepi Rojak India. Rasanya maklang dah letakkan cara nak buat kuah rojak India ni di Teratak Maklang beberapa bulan yang lepas, tapi sebab OO nak, so maklang buatlah siaran ulangan. Tapi siaran ulangan ini bergambar le pulak...

Kuah rojak India

Bahan2:

2 cawan lada kering yang diblend
Air asam jawa 8 cawan. Jangan terlalu pekat nanti kuah tu masam pulak.

½ packet biskut marie yang diblend. Ni pun ikut kepekatan.
1 cawan kacang tanah yang digoreng dan diblend kasar
1 cawan gula merah dan sedikit gula putih. Yang ini kena adjust ikut kemanisan yang kita suka.



Mula2 masakkan lada dan air asam jawa sampai menggelegak. Lepas tu masukkan biskut marie tu. Hati2 ye, biskut marie tu seeloknya di gaul dengan air biasa dulu sampai sebati. Lepas tu baru masukkan dalam kuah yang mendidih tu. Masukkan gula merah dan gula putih mengikut rasa. Masakkan atas api kecil supaya tak hangus. Resepi memang garamless. Tapi kalau nak masin sikit, tambah le garam tu.

Sedap makan dengan cucur udang, cucur kelapa, kentang , telor, sotong celup tepung, sengkuang dan timun yang dihirs nipis. Kalau dah campur semua, jadilah Rojak India.

Untuk nak buat cucur udang senang aje. Bahan nya adalah seperti berikut:

Udang besar 10-15 ekor udang
Hirisan bawang besar
Sedikit daun kucai atau daun bawang dan daun sadri yang di potong sepanjang 1/2 inci
500 gm tepung gandum
1/2 sdt soda bikarbonat
air secukupnya
1 sdb lada kering blend
1 sdt serbuk kunyit.

Campurkan semua bahan diatas. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Biarkan sebentar untuk better naik sebelum di goreng.

Biskut marie yang telah diblend atau ditumbuk. Digunakan untuk memekatkan kuah.
Cucur udang sebelum dicampurkan. Jangan letak terlalu banyak soda sebab takut pahit nanti!

Cucur udang yang sedang digoreng.











Untuk cucur kelapa:

2 cawan tepung gandun
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
air secukupnya

Caranya seperti membuat cucur udang


Ini biskut marie yang telah diblend atau di tumbuk sehingga menjadi serbuk


Campuran batter untuk cucur udang


Cucur udang yang digoreng akan mengembang sebab maklang letakkan sedikit soda bikarbonat. Soda jangan diletak terlalu banyak sebab kalau tak rata nanti boleh rasa pahit.


Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Saturday, July 14, 2007

Popiah Vietnam

Selamat Datang ke Dapur Maklang










1/2 biji kobis dihiris

2 biji carrot dihiris

1/2 biji sengkuang sederhana besar dihiris

sebungkus ayam cicang

10-15 cili padi di hiris

sebungkus su'un

sebiji bawang besar yang dipotong dadu

3 ulas bawang putih ditumbuk/ blend

sedikit garam

2 bungkus kulit popia

sedikit minyak masak

Caranya:


1. Mula2, panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam cincang yang telah dicuci dan di toskan.

3. Masukkan carrot dan sengkuang. Bila sengkuang dan carrot dah agak lembut masukkan kobis, suun, cili padi dan garam sedikit.

4. Jangan biarkan sehingga sayuran terlalu masak. Angkat dan toskan supaya tidak berair apabila di bungkus.

5. Bila siap dibungkus, gorengkan. Popia ini sedap di makan dengan cili sos.





Kobis dan sengkuang yang di hiris


Hirisan kobis


Cili padi ni sekejap lagi kena potong halus2



Suun yang telah di rendam dan di toskan


Tumisan bawang besar, bawang putih dan ayam cincang


Siap dah....Sekejap lagi boleh dibungkus.


Letakkan 1-2 sudu besar campuran sayuran yang telah ditoskan seperti didalam gambar. Dan dibungkus ketat. Untuk nak lekatkan bungkusan itu, campurkan sedikit tepung dengan sedikit air. Campuran hendaklah agak pekat.


Popiah yang siap dibungkus..











Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Wednesday, July 4, 2007

Mee Hailam Angah


Di sini maklang nak letakkan resepi untuk mee hailam yang Angah buat baru2 ni. Moga2 kaklong Syikin akan dapat masak mee Hailam ini...


Bahannya:


10 ekor udang dibuang kepalanya dan dibersihkan

4 ekor sotong di potong kecil

Ayam atau daging dipotong nipis2

sedikit halia di hiris

2 ulas bawang putih di hiris

2 ulas bawang merah di hiris

lada merah dihiris

sedikit sos tiram

sedikit lada putih

kicap mee (kicap ni pekat sangat tapi tak masin langsung!)

yee mee/atau mee kuning/ mee lidi atau mee hoon atau kuey teow

sedikit fish ball dan fish cake

sedikit tepung jagung

garam dan gula

carrot di hiris bulat

cendawan shitake direndam dan dihiris

sedikit kobis panjang

sedikit cauliflower di potong


Caranya:


1. Mula2 tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan lada merah yang telah di hiris.

2.Kemudian masukkan daging. Seeloknya daging yang digunakan itu adalah daging yang lembut.

3.Kemudian masukkan udang dan sotong.

4.Masukkan air dan sos tiram dan lada putih secukupnya.

5. Kemudian masukkan fish ball dan fish cake. Kemudian masukkan kicap pekat. (kicap mee).

6.Apabila sudah mendidih masukkan sayuran diikuti dengan yee mee. (Mee lain2 juga boleh digunakan).

7.Kemudian masukkan sedikit tepung jagung yang telah di kacau dengan sedikit air.

8.Jangan lupa letak garam dan gula mengikut rasa.



Selamat mencuba!





Read more

Telor dadar dengan kobis

Maya sedang beraksi depan kuali...kononnya dialah yang masak tu. Walhal tolong pecah telor aje..
Ini telor dadar dengan kobis. Sebab Maya nak makan lagi, terpaksalah mak dia masak pulak.
Ini dia tukang masak genit depan telor dadar kobis buat makan malam..


Kalau ada sesiapa nak resepi nya:

Kobis bulat dihiris nipis
Bawang besar dihiris
Bawang putih dan lada merah dihiris
sedikit garam
Telor 3-4 biji

Telor di pukul dan dicampurkan dengan sayuran dan didadarkan. Masak atas api kecil sehingga sayur masak. Lauk ini kalau budak2 tak makan sayur, boleh jadik makan...macam si Maya tu...
Read more