Thursday, July 26, 2007

Ayam Bakar


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Ayam Bakar ( Style Mat Salleh)

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong 4 dan dibersihkan.(jangna buang kulit)
Ayam hendaklah ditoskan dan dilapkan supaya kering

1/2 botol sos BBQ Heinz/ knorr
1/2 botol sos worchestershire (betul ke eja ni)
1/2 botol HP sos
( semua sos di atas boleh di dapati di supermarket)

4 sdb lada hitam dicuci dan di tumbuk kasar


Caranya:

Campurkan ketiga-tiga sos yang tersebut di atas bersama dengan lada hitam.

Lomorkan ayam dengan sos tadi hingga rata. Sebaiknya sos tersebut juga dimasukkan diantara kulit dan isi ayam.

Perapkan ayam selama ½ jam sebelum dibakar.

Kemudian bakar ayam selama lebihkurang 1 jam dalam kepanasan api 180oC.

Semasa membakar, hendaklah sapukan ayam dengan campuran sos tadi supaya ayam tidak kering. Terakhir letakkan api kepada grill selama 10 min supaya kulit ayam agak gareng.




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments