Monday, July 13, 2015

Pasta Simple


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Biasanya maklang akan buat pasta simple ini untuk dimakan bersama ayam bakar.


Bahan2:


500gm pasta spiral atau macaroni direbus jangan terlalu lembut. ( Maklang kalau merebus pasta ini biasanya akan letakkan beberapa titik minyak ke dalam air mendidih sebelum memasukkan pasta). Apabila sudah lembut, angkat dan toskan

2 biji bawang merah sederhana besar, di potong dadu
beberapa 'dashes' of oregano dan thyme, lada hitam dan juga paprika mengikut kepedasan yang kia mahu.
beberapa titik minyak zaiton
2 biji tomato sederhana besar di potong dadu
1 pokok daun ketumbar di hiris halus
1 mangkuk daging kisar dicampurkan dengan sedikit garam dan digoreng sehingga kering
sedikit garam sehingga secukup rasa

Caranya:

1. Campurkan semua bahan dan digaul rata.
2. Sedap kalau makan dengan ayam bakar. Resepi ayam bakar kan dah ada, so, padankanlah...memang enak!



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments