Wednesday, July 25, 2007

Tauhu Lada Hitam




Selamat Datang ke Dapur Maklang
Bahan-bahannya:

5 keping tauhu putih yang lembut ( boleh juga digantikan dengan tauhu Jepun)
1 labu bawang besar dipotong memanjang
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sdt lada hitam ditumbuk halus
1 biji tomato yang sedang dibelah 6
10 biji cendawan butang dibelah 4
½ sdt gula
4 sdm sos tiram
½ sdt minyak bijan (jika suka)
½ cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng tauhu
Sedikit garam

Caranya:

Tauhu di potong empat dan digoreng tetapi jangan terlalu garing.
Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga garing.
Masukkan sos tiram, kacau kan dan kemudian masukkan air dan bawang besar
Masukkan cendawan butang dan biarkan sebentar. Kacau rata
Masukkan tomato buah dah gula, garam dan tauhu yang telah digoreng.
Kacau dan balik2kan supaya kuah rata pada tauhu.
Letakkan sedikit minyak bijan jika mahu dan kacau rata.
Dah siap…boleh diangkat dan di makan….

Selamat menjamu selera!

Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments