Tuesday, July 17, 2007

Lontong Johor dan Ayam Goreng Ketumbar

Selamat Datang ke Dapur Maklang

Assalamualaikum

Atas permintaan dari Dr. kat Perak tu, disini maklang letakkan resepi Lontong Johor. Ayam Goreng Ketumbar tu , kira Bonus laaa...


Untuk nak buat nasik himpit, biasanya sukatan nya ialah seperti berikut:

1. Biasanya maklang akan ukur separuh size plastic yang kita gunakan itu. Contohnya plastic yg digunakan ialah 3x6 inci. Makan tinggalkan basi untuk nak staple atau nak lekatkan hujung plastic supaya beras tak keluar.

2. Jadinya ukuran sebenar kita akan guna ialah 3x 5 inci. Cuci beras dan masukkan beras sampai 3x2.5 inci. Sealkan plastic itu pada ukuran 5 inci. Cucukkan menggunakan garfu pada plastic. Jangan cucuk banyak sangat sebab kalau banyak sangat air masuk, nanti nasi jadi lembik sangat.

3. Rebus lebihkurang 3 jam.

Peringatan:

Plastic yang digunakan hendaklah yang tebal sedikit dan tahan panas.



Ini nasi impit. Lembut jadinya kalau ukurannya betul!

Ini nasi impit yang dah di potonglaa...




Kuah Lodeh


1-2 biji lada merah dihiris.
3 ulas bawang puti, 4 biji bawang merah, se inci halia di tumbuk atau blend hingga lumat
2 sdb lada kering
kacang panjang di potong serong lebih kurang 1 inci panjang
1/4 bj kobis di potong 1 inci persegi
sebiji lobak merah
suun
1 biji terung dibelah 2 dah dipotong serong
1-1.5 biji kelapa di perah santannya, jangan terlalu cair ya...nanti kuah dia jadik lebih cair bila masuk sayur!
3 sdb udang kering direndam dan ditmbuk lumat
2 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
2-3 keping tauhu di ptong 3 segi (jadik 4) dan digoreng
1-2 keping tempeh di goreng dengan garam kunyith
garam secukupnya dan kunyit serbuk untuk mewarnakannya
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis, bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga naik baunya.

2. Kemudian masukkan santan.

3. Apabila santan mendidih, masukkan lobak. kacang dan terung. Seeloknya masukkan terung dahulu kerana terung mengambil masa yang lama untuk lembut.

4. Apabila terung sudah lembut baru masukkan kobis dan tauhu dan suun, garam dan kunyit. Masukkan jugak asam gelugor tadi.

5. Apabila dah mendidih, angkatlah. Jangan letak lama2 sangat atas api, nanti lodo jadiknya sayur tu. Lodo tu tau tak apa? Lembik and tak sedap!

6. Biasanya maklang tak campurkan tempeh sekali sebab tempeh menyebabkan lodeh cepat basi!




Ini Masak Lodeh...


Kuah kacang

4 biji bawang merah diblend
3 ulas bawang putih jugak diblend
6 sdb lada kering yang telah diblend
3 batang serai diblend
3-4 sdb gula merah
sedikit garam
sekepal asam jawa diambil airnya menjadi 2 cawan
1.5 cawan kacang tanah digoreng dan di tumbuk atau blend kasar
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:

1. Panaskan minyak. Biasalahkan.

2. Tumiskan bahan2 blend dan bila dah gareing atau naik bau, masukkan air asam.

3. Masukkan kacang tanah.

4. Masukkan garam. Ingat masak atas api kecil dan hendaklah sentiasa di kacau sebab takut hangus!

5. Apabila telah naik minyak(minyak dah keluar dari kacang), apinya bolehlah ditutup.
Ini kuah kacang


So, dah cukup semuanya, bolehlah makan lontong kita ni.....Sedap jugak kalau ada sambal tumis ikan bilis, rendang daging, rendang ayam dan telur rebus. Kalau nak rasa macam raya...nyanyilah lagu Raya...ha..ha...


Eh lupa pulak Bonus:
Ayam Goreng Ketumbar

Seekor ayam dipotong dan dibersihkan dan ditoskan
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci kunyit hidup atau satu sdt kunyit serbuk
secawan ketumbar.

Caranya:

1. Semuan bahan di atas, di perapkan bersama ayam lebihkurang 15 mins.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam seperti biasa.

3. Apabila rempah telah kekuningan dan ayam telah masak, boleh diangkat. Sedap jugak makan dengan lontong, kalau tak nak lontong terlalu heavy sebab makan dengan rendang.

Ini ayam goreng ketumbar...


Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments