Tuesday, September 25, 2007

Nasi Tomato

Selamat Datang ke Dapur Maklang




















Nasi Tomato ( Resepi Wan ~ Ibunda tercinta's resepi ~ rindu nak makan yang Wan buat!)

3 put beras basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
3 sdb minyak sapi
2 sdb minyak masak
½ cawan susu cair ( ini boleh dilebihkan jika mahu, tapi jika terlalu banyak nanti nasik nya akan menjadi agak muak ~ maklang dan famili tak berapa suka yang terlalu lemak dan heavy)
½ cawan daging cincang
3 biji tomato di potong dadu
3-4 sdb tomato puree
2 helai daun pandan


Bahan tumis :
3 bunga lawang,
5 cengkih,
5 buah pelaga dan
1 batang kayu manis.
2 labu bawang besar dimayang

Bahan untuk di mesin:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sebesar ibujari halia

Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama dengan sedikit minyak ( maklang tak suka guna terlalu banyak minyak sapi ~ muak!)
Tumiskan bahan2 tumisan sehingga bawang berwarna agak coklat
Masukkan daging cincang dan goreng sehingga daging agak masak.
Masukkan tomato buah yang di potong dadu berserta dengan tomato puree
Masukkan air dan sedikit garam dan daun pandan
Masukkan susu.
Apabila air mendidih, masukkan beras.
Kemudian masukkan kacang peas jika mahu semasa nasi hampir mendidih.



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Friday, September 21, 2007

Siakap bakar berempah ( Ala Chef Wan)















Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan2nya:

2 ekor ikan siakap sederhana besar
4 biji limau kasturi diambil airnya
3 helai daun kunyit dihirs halus
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula

daun pisang atau aluminum foil

Semua bahan di mesin sehingga halus.
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
4 biji lada merah
2 biji buah keras (optional)
4 batang serai
segenggam udang kering
1/2 inci persegi belacan
3 helai daun limau purut


Caranya:
Ikan siakap dibesihkan, dibuang sisiknya dan direndam dalam air asam. Pastikan semua darah yang melekat dikawasan ingsangnya dibuang sehingga bersih kerana sekiranya tertinggal sedikit akan terasa macam berlumpur ikannya.

Apabila sudah bersih, ketepikan dan toskan

Tumis semua bahan yang dimesin sehingga garing.
Ikan siakap tadi, dikelar, depan dan belakangnya
Masukkan rempah gareng tadi kedalam perut ikan dan ratakan diatas ikan bahagian atas dan bawahnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.
Bungkus ikan tadi dalam daun pisang atau aluminium foil dan bakar didalam ketuhar selama 40 min. Bukakan bungkusan ikan tadi dan letakkan ke grill selama 5 min. Keluarkan dari ketuhar dan perahkan air asam limau di atas ikan.

Sekiranya tidak mempunyai ketuhar, bolehlah dibakarkan di atas kuali. Tapi kena balikkan lah bungkusan ikan itu, atau dibakar diatas kuali yang bertutup.

Selamat mencuba!





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Thursday, September 20, 2007

Ayam masak merah


Selamat Datang ke Dapur Maklang


2 labu bawang merah dipotong bulat

2 biji tomato dipotong bulat


5sdb tomato sos

1/2 tin kacang peas
sedikit garam dan gula


Bahan untuk di mesin:


5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1/2 inci halia

2 batang serai

10 tangkai lada kering


Ayam dipotong sederhana besar, digoreng bersama garam kunyit.



Caranya:


Tumis bahan2 dimesin sehingga garing.
Masukkan tomato sos dan goreng lagi.
Masukkan bawang besar mayang dan tomato, garam dan gula.
Apabila telah garing, masukkan ayam dan kacang peas.
Kacau rata dan biarkan sebentar di atas api.
Angkat dan hidangkan






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba...
Read more

Petola goreng dengan suun dan sotong


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Bahan2:


1 biji petola dibuang kulit dan dibelah 2 dan dipotong setebal 1/2 inci
2 bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 lada merah di hiris
sedikti halia dihiris
3 ekor sotong dipotong 1/2 inci lebar

3 sdb sos tiram

sedikit garam dan gula

sedikit minyak untuk menumis



Caranya:
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada merah.
Masukkan sotong dan goreng sebentar.
Masukkan sedikit air. Masukkan petola dan biarkan sebentar sehingga agak lembut. Masukkan suun dan sos tiram dan gula serta garam.
Angkat apabila petola lembut.






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Wednesday, September 19, 2007

Egg tofu with crab stick and soy sauce




Selamat Datang ke Dapur Maklang




5 bungkus egg tofu


1 labu bawang besar dimayang panjang


1/2 inci halia dimayang


2 ulas bawang putih dimayang

1 biji lada merah dihiris

1 pokok daun sup dan daun bawang

1 batang carrot dihiris buat

6 cendawan shitake direbus hingga lembut dan dipotong 4

8 batang crabstick dipotong sepanjang 1 inci

1 biji tomato dipotong 8

2 sdt lada putih

1 sdb sos tiram

1sdb tepung jagung, dicampurkan dengan 1 cawan air

1 sdb kicap cair/ masin

sedikit gula

sedikit minyak bijan


Caranya:


Egg tofu dipotong setebal satu inci dan digoreng dalam minyak yang banyak. Angkat dan toskan.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.

Masukkan carrot dan cendawan bersama sedikit air. Biarkan sebentar

Masukkan sos tiram dan kicap.

Masukkan lada putih, garam dan gula.

Masukkan crabstick.

Titikkan beberapa titik minyak bijan.

Masukkan air tepung jagung

Pukul 1 biji telur dan masukkan kedalam kuali bersama bahan2 lain.

Kacau sehingga rata.

Angkat dah letakkan di atas egg tofu yang sudah digoreng tadi.








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Kueh Kasui



Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan2:


1 cawan tepung gandum

3 sdb tepung ubi

2 1/4 cawan air gula merah (manis ikut suka). Sesudah dimasak tapis dulu air gula tersebut.

1/2 sdt kapur


Semua bahan di atas dicampurkan dan diblend sehingga sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berkitil2.
Masukkan adunan didalam loyang ataupun didalam acuan kuih lompang. Kukus selama 1/2 jam.
Gaulkan sedikit kelapa dengan sedikit garam dan hidangkan bersama kueh tadi.





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

.
Read more

Monday, September 17, 2007

Taugeh goreng


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Taugeh goreng

Semangkok taugeh dibuang ekornya
Secekak daun kucai dipotong seinci panjang
4 keping tauhu dipotong 6 digoreng
2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sebatang lada merah dihiris
sejemput ikan bilis yang dudah dibuang perutnya
sedikit kicap



Caranya:

Tumis ikan bilis, bawang merah dan putih serta lada merah.
Masukkan taugeh dan kucai
masukkan kicap dan tauhu
Gaul rata dan angkat.






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Pulut Serimuka


Selamat Datang ke Dapur Maklang


(Maklang copy dari Malaysian Cookbook 2- memang sedap dan senang nak buat!)
1kati pulut (600gms)
1½ grated coconut
1 cup water
1tsp salt
Banana leaves

Ingredients for Green Layer
4 eggs
4 oz castor sugar
1.5 cups coconut grated
1 cup water
½ cup tapioca floor
½ cup rice flour
14 pandan leaves

Prepare the pulut layer. Squeeze grated coconutfor first santan. Add water and squeeze for second santan. Add salt to the second santan.
Wash rice and drain off water. Mix second santan with rice.
Prepare steamer and line steam tray with banana leaves. Spread the rice evenly on the tray and steam for 20-30mins. Add the first santan and steam for 20-30 mins.
Oil an 11 inch round cake tin and put the rice in it, Press the rice down with a wooden spoon so that the rice is even and compact.
Prepare the green layer. Squeeze grated coconut for first santan. Add water and squeeze for second santan.
Pound/ blend pandan leaves and squeeze out juice.
Stir sugar and eggs in saucepan. Add first santan and mix well.
Mix the tapioca flour with the rice flour. Add second santan and pandan juice. Add this mixture in the saucepan. Cook over slow heat, stirring constantly till mixture thickens.
Pour mixture over cooked rice and level with a wooden spoon. Steam for about 30 mins. Until cooked.
Allow to cool if possible over night. When complete cooled, cut up and serve








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Wednesday, September 12, 2007

Ikan Selar berlado

Selamat Datang ke Dapur Maklang









a.Bahan utama:

Ikan selar dibersihkan, dilumurkan dengan garam dan kunyit lalu digoreng sehingga garing. Angkat dan toskan.

b.Bahan2 untuk dikisar:

5 biji lada merah
4 biji cili padi ( sekiranya mahu pedas lagi, tambah aje cili padinya)
3in x 3in belacan yang telah dibakar
sebiji bawang besar
1 biji tomato sederhana besar

c. Bahan lain
2 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula

Caranya:

1. Tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
3. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya. Biarkan sebentar supaya sambal meresap dalam ikan.













Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Terung Ikan pari Masin

Selamat Datang ke Dapur Maklang



1 packet ikan pari kering, lebih kurang 300gms
2 biji terung dihiris nipis
5 sdb lada kering
1 labu bawang besar dipotong bulat
sedikit gula

Ikan pari direndam sebentar dan dipotong sebesar 1 inci.
Goreng ikan pari sehingga garing, seperti menggoreng ikan bilis.
Angkat dan toskan
Tumis lada kering sehingga garing dan masukkan sedikit gula untuk perisa. Masukkan jugak bawang besar yang dihiris bulat.
Masukkan terung dan goreng lagi sehingga terung lembut.
Apabila terung sudah lembut, masukkan ikan pari tadi.
Kacau sehingga rata. Angkat. Sedap kalau makan dengan nasi panas...




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Kailan dan udang oyster sauce

Selamat Datang ke Dapur Maklang





Bahan2:

Seikat sayur kailan, dibersihkan dan dipotong. Kemuadian di celur sebentar untuk nak buang pahitnya. Angkat dan toskan.
10 ekor udang dibuang kepalanya
2 ulas bawang putih di ketuk
1/2 inci halia diktuk
2 sdb oyster sos
1/2 sdt serbuk lada putih
sedikit gula
hirisan lada merah

Caranya:

Tumis bawang purih dan halia.
Masukkan udang
Masukkan oyster sos, lada putih dan gula
Masukkan hirisan lada
Biarkan di atas api sebentar. Angkat dan curahkan ke atas kailan yang telah di celur tadi



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Telor masak kicap

Selamat Datang ke Dapur Maklang







Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tauhu dengan sambal lada

Selamat Datang ke Dapur Maklang






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sup Sayur Fishball















Selamat Datang ke Dapur Maklang

Bahan2:


3 ulas bawang putih dihiris
2 hirisan halia
2 sdt lada putih
beberapa titik minyak bijan
sedikit kobis panjang
cauliflower
hirisan dari sebatang carrot
satu pokok daun bawang dan daun sadri
beberapa hirisan ayam atau daging
Sepacket fish balls
Beberapa keping tauhu lembut di potong empat
sedikit garam

Caranya:

Rebus ayam, berserta halia dan bawang putih.
Masukkan lada putih.
Masukkan fishball
Masukkan sayuran yang lambat empuk diikuti dengan daunan.
Masukkan garam dan beberapa titik minyak bijan.

Apabila telah mendidih sebentar bolehlah dihidangkan..




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, September 11, 2007

Dendeng


Dendeng










Dendeng sebelum disambalkan..memang sedap ni...makan pulak dengan gulai lemak udang dengan kacang panjang...berpoloh.....








Selamat Datang ke Dapur Maklang

2kg Daging lembu ( Chuck tender pun dah ok)

Bahan2 A: ( dimesin sehingga halus)

8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sebesar ibujari halia
4 batang serai

Bahan2 B: ( dimesin sehingga halus)

4 biji bawang Merah
8 ulas bawang putih
4 biji tomato sederhana besar
10 biji lada Merah dibuang bijinya
10 biji cili padi

Bahan C:

Sedikit garam.

Caranya:

Daging dipotong lebih kurang 4 x 4 inci, atau chuck tender dibahagi 3 dah direbus dengan bahan2 A. Air hendaklah menutup daging yang direbus. Rebus sehingga empuk.
Apabila sudah empuk, daging dihiris setebal ½ inci. Potongan daging elok sekiranya ianya lebar2.
Tumbuk hirisan daging tadi sehingga nipis.
Goreng di dalam minyak panas sehingga ianya gareng. Angkat dan toskan

Tumiskan Bahan B di dalam minyak panas sehingga ianya gareng dan masukkan sedikit garam. Pastikan yang ianya sudah naik minyak, dan kecilkan api, masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan daging yang ditoskan tadi dan gaul sehingga rata. Sedap dimakan dengan nasi panas semasa bersahur.
Read more

Monday, September 10, 2007

Soup ikan merah















Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan2nya:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halis
1 sdt jintan putih
2 sdt lada hitam

Semua bahan di atas ditumbuk sehingga lumat.

Seekor ikan merah sederhana besar dibersihkan dan dicuci.
3 gelas air asam jawa
sedikit garam
daun sadri dan daun bawang dihiris.
sedikit minyak untuk menumis

Caranya:

Tumis bahan2 yang telah ditumbuk sehingga gareng dan naik bau.
Apabila telah naik bau, masukkan air asam jawa.
Apabila mendidih masukkan ikan dan garam.
Apabila ikan masak, bolehlah diangkat. Taburkan denga daun sadri dan daun bawng dan juga bawang goreng.
Sedap jugak diletakkan tomato buah yang dibelah 4.



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sunday, September 9, 2007

ayam bakar



















Selamat Datang ke Dapur Maklang



Bahan2:

1 ekor ayam, di potong 12, atau ikut sukalaa
1 botol barbeque sos
2 sdb lada hitam ditumbuk kasar

lumurkan semua bahan2 diatas pada ayam dan perap selama 1-2 jam

bakar dalam api sederhana selama 20-25 min sebelah dan balikkan dah bakar selama 20 min lagi. Semasa membakar jangan lupa disapu ayam itu dengan sos bekas lumuran tadi. Kemudian letakkan grill mode dan bakar selama 5 min untuk setiap belah.

Boleh diangkat dan makan...enjoy...

ada masa, Insyaallah maklang letakkan cara2 nak buat kentang mayo dan sos thousand island...Insyaallah...
Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Abok-abok


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Bahan2nya:
2 cawan sagu mata ikan dicuci dan ditoskan
1-1.5 cawan kelapa parut ( putih sahaja)
1-1.5 cawan gula merah
Sedikit garam

Caranya:

1. Gaulkan kelapa dengan sedikit garam dan sagu.
2. Bentukkan daun pisang seperti kon.
3. Masukkan 1.5 sdb sagu mata ikan dan kelapa yang sudah digaul rata, kedalam kon tadi, diikuti dengan 1 sdt gula merah. Sekiranya mahu lebih manis, letakkan sedikit lagi gula merah tadi. Masukkan lagi sagu mata ikan dan kelapa tadi.
4. Kemaskan kon supaya ianya membungkus bahan2 tadi.
5. Kukus selama lebihkurang 30 min atau sehingga sagu masak.



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Saturday, September 8, 2007

Sawi Jepun sos tiram


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Sawi Jepun sos tiram

Bahan2:

2 ikat sawi Jepun
3 sdb udang kering direndam sebentar dan dikisar halus
4 sdb sos tiram
1 tin cendawan butang dibelah 2
4 ulas bawang putih di kisar halus
Sedikit gula dan garam
1 sdt lada putih
2 sdt minyak bijan
2 sdb minyak masak

Caranya

1. Sawi Jepun dipotong bawahnya dan direndam dengan air garam. Panaskan seperiuk kecil air. Masukkan sedikit minyak dan apabila air telah mendidih, celurkan sawi sehingga warnanya bertukar. Jangan terlalu lama kerana ini akan menyebabkan sawi terlalu lembik. Angkat sawi dah toskan. Kemudian susun memanjang didalam pinggan.
2. Panaskan 2sdb minyak masak dan tumiskan bawang putih kisar. Apabila naik bau, masukkan udang kering. Kacau rata sehingga agak garing. Boleh juga masukkan sedikit air supaya ianya tidak terlalu kering. Masukkan sos tiram , cendawan butang, garam, gula dan lada putih serta minyak bijan. Angkat apabila mendidih. Curahkan dia atas sawi tadi.

Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Alamat Toko / Kedai Bahan Cake di Jakarta

Toko Ani
Jl. Gunung Sahari I No. 5, Jakarta 10610
Phone. 021 421 1286 - 425 3109 - 389 04460
Fax. 021 421 1284

Bluebell Kelapa Nias Raya (pelepah Elok I) Blok GN1 - 35 - Jakarta 14250
Phone. 021 451 7082 4517083
Fax. 45841664

Toko Cherri
Jl Pondok Kelapa Raya Blok I 14 No. 3C (Seberang Diskmart Pondok Kelapa, deket Alfamart)Telp. 021-8656043

Toko Cherry
Ruko Sentra Eropa Blok B/27, Kota WisataNo. Telp: 021-92920278, 021-84935316
Contact person: Marchelina

Toko Fortuna
Jl. Zainul Arifin, Jakarta Pusat
Phone. 021 632 2937

Guten Braun
Jl. KH. Hasyim Ashari (jarak beberapa toko dari Toko Mira, ke arah Roxy)

Toko Kharisma (PT. Kharisma Multi Usaha, specializes in food stuff, bakery & pastry products) - Lokasinya berjejeran dengan RS. Hermina Podomoro, sekitar 30m…
Jl. Danau Agung II Blok E3/2A No. 18, Sunter, Jakarta
Telp: 65833931-32
Fax. 6459118
email: kharisma23 at centrin.net.id

La Sara
Perum. Bumi Satria Kencana,
Jl. H. Noer Ali - Kalimalang - Bekasi.
Telp. 021-8840910

Lowid’s
Ruko Bintaro Jaya Sektor 9 Blok C No.5 - Bintaro Jaya
Phone. 021 745 1918 - 745 2248

Toko Merry
Pasar Mayestik Lt.1 Blok I B18
Phone. 021 724 4718 - 722 1785

Toko Mira - Hasyim Ashari
Jl. KH. Hasyim Ashari no. 9-B Jakarta Pusat

Toko Mira - DepokRuko Depok Mas B No. 3
Jl. Raya Margonda No. 42, Depok
Phone. 772 03681

PT.Prambanan Kencana
Jl.Kaji 11A
Tlp.633 2127
Sales person: Nurdin, HP: 0811 91 2772 / esia: 930 100 79

Restomart - Kitchen Superstore Gajah Mada Plaza Lt. III/9
Jl. Gajahmada No. 19-26 Jakarta Pusat
Phone. 021 633 6860 - 633 6861
Fax. 021 633 6855
Email: nolexjkt@indosat.net.id

Toko Rossy
Jl. Kaji No. 38A, Jakarta 10130
Phone. 021 632 1145 - 632 1147
Fax. 021 632 0078

Toko Syafina (punya-nya Erna Komara )
Cawang Baru no. 432 B,
phone: 68750675
Patokannya kalo dari otista, pas belokan mikrolet M26, deket lampu merah situ

(source :Blog NCC Indonesia)
Read more

Sunday, September 2, 2007

3D Hello Kitty

Jom Bikin 3D Hello Kitty yang cute ini :-)) sesuai utk hiasan atas cupcakes.ikuti step by stepnya di bawah ini yaa....
Bahan2 yg harus disiapkn:
- Buttercream atau non dairy whipping cream secukupnya
- piping bag
- plain nozzle size large dan small serta nozzle rose
- airbrush (bila ada)
- 1pcs wafercone
step 1 : mula2 buat kaki hello kitty dengan nozzle small.bentuk bulat memanjang.letakan 1 pcs wafercone diatas kaki dan buatlah frills ,menyelimuti wafercone tsb dengan menggunakan nozzle rose, wafercone ini sebagai baju utk hello kitty. buat bulatan kepala dengan menggunakan plain nozzle size large.step 2 : sekiranya anda mempunyai airbrush,warnakan baju hello kitty dengan menggunakan airbrush.sekiranya tidak ada,warnakan buttercream dahulu baru kemudian buat frills nya.
step 3 : buat tangan hello kitty menggunakan plain nozzle size small
Tuh kan bentuk hello kitty mulai kelihatan :-)) buatlah kuping diatas kepala dengan menggunakan plain nozzle size small.lancip ke atas
step 4 : ambil sedikit coklat emulco dan gariskan di pipi sebagai misai/kumis dan mata. warnakan sedikit buttercream dengan warna merah ,masukan dalam piping bag dan gunting ujungnya. buatlah reben/pita diatas telinga..serta buat mulutnya.mudah kan..selamat mencobaa....
Read more