Wednesday, September 12, 2007

Ikan Selar berlado

Selamat Datang ke Dapur Maklang









a.Bahan utama:

Ikan selar dibersihkan, dilumurkan dengan garam dan kunyit lalu digoreng sehingga garing. Angkat dan toskan.

b.Bahan2 untuk dikisar:

5 biji lada merah
4 biji cili padi ( sekiranya mahu pedas lagi, tambah aje cili padinya)
3in x 3in belacan yang telah dibakar
sebiji bawang besar
1 biji tomato sederhana besar

c. Bahan lain
2 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula

Caranya:

1. Tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
3. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya. Biarkan sebentar supaya sambal meresap dalam ikan.













Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments