Friday, November 14, 2008

Kerabu sayur


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Ini adalah kerabu kesukaan Cik abang, in facr apa aje kerabu asal sedap...memang dia suka.

Bahan2:

Bahan A:
1 ikat pucuk paku direbus dan dihiris
1 ikat daun kesom dihiris
1 mangkuk taugeh dibuang ekornya
6 batang kacang panjang dihiris 1/4 inci tebal
6 batang kacang botol dihiris 1/4 inci tebal

Bahan B:
4 ulas lada merah
4 ulas cili padi
sebesar ibujari belacan
sedikit garam dan gula

Bahan C:
Semangkuk santan pekat dididihkan sebentar

Bahan D:
1 labu bawang besar dihiris dan dibakar sehingga layu

Bahan E:
Kerang rebus secawan
2 sdb kerisik

Caranya:

1. Bahan B dikisar sehingga lumat.
2. Campurkan semua bahan dan dikacau sehingga rata.
3. Masukkan dalam peti ais sebelum dimakan bersama nasi. Boleh juga diperah sedikit air limau kasturi jika mahu.








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sotong goreng lada putih


Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan-bahan:

1/2 kg sotong dibersihkan dan di potong. Sekiranya sotong agak besar, hendaklah dibelah dulu kemudian dikelar2 di bahagian dalam supaya tidak liat apabila di makan

1 labu bawang merah di hiris agak tebal
3 ulas bawang putih di hiris
1 biji lada merah di hiris
1/2 inci halia di hiris
1 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
1/2 biji lada benggal

sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang putih dan di goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan sotong serta lada putih. Goreng separuh masak
4. Masukkan bahan2 lain dan goreng sebentar lagi sehingga agak kering.
5. Angkat da n bolehlah di makan.







Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Thursday, November 13, 2008

Siput Sedut Goreng


Selamat Datang ke Dapur Maklang


Lama dah tak updet blog ni...

Hari ini maklang nak letak resepi siput sedut pulak. Memang kesukaan Maya dan anak2 lain. Maklang pulak kena puasa makan siput ni... kolestrol I tinggi melambung!

Bahan2:

1kg Siput sedut dipotong belakangnya dan dibersihkan

Bahan a:

8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/4 inci halia
6 batang laga kering ( jika mahu pedas tambah kan lagi)

Bahan B:
3 batang serai dititik
3 sd besar tomato sos
3 sd besar cili sos
3 sd besar sos tiram
sedikit gula dan garam

minyak untuk menumis.

1. Kisar bahan A sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga garing
3. masukkan bahan B, kacau sehingga sebati.
4. Masukkan siput dan sedikit air agak2 menutupi siput.
5. Goreng sehingga agak kering.
6. Angakat dan boleh lah di makan!








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more