Friday, November 14, 2008

Kerabu sayur


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Ini adalah kerabu kesukaan Cik abang, in facr apa aje kerabu asal sedap...memang dia suka.

Bahan2:

Bahan A:
1 ikat pucuk paku direbus dan dihiris
1 ikat daun kesom dihiris
1 mangkuk taugeh dibuang ekornya
6 batang kacang panjang dihiris 1/4 inci tebal
6 batang kacang botol dihiris 1/4 inci tebal

Bahan B:
4 ulas lada merah
4 ulas cili padi
sebesar ibujari belacan
sedikit garam dan gula

Bahan C:
Semangkuk santan pekat dididihkan sebentar

Bahan D:
1 labu bawang besar dihiris dan dibakar sehingga layu

Bahan E:
Kerang rebus secawan
2 sdb kerisik

Caranya:

1. Bahan B dikisar sehingga lumat.
2. Campurkan semua bahan dan dikacau sehingga rata.
3. Masukkan dalam peti ais sebelum dimakan bersama nasi. Boleh juga diperah sedikit air limau kasturi jika mahu.








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments