Thursday, November 13, 2008

Siput Sedut Goreng


Selamat Datang ke Dapur Maklang


Lama dah tak updet blog ni...

Hari ini maklang nak letak resepi siput sedut pulak. Memang kesukaan Maya dan anak2 lain. Maklang pulak kena puasa makan siput ni... kolestrol I tinggi melambung!

Bahan2:

1kg Siput sedut dipotong belakangnya dan dibersihkan

Bahan a:

8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/4 inci halia
6 batang laga kering ( jika mahu pedas tambah kan lagi)

Bahan B:
3 batang serai dititik
3 sd besar tomato sos
3 sd besar cili sos
3 sd besar sos tiram
sedikit gula dan garam

minyak untuk menumis.

1. Kisar bahan A sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga garing
3. masukkan bahan B, kacau sehingga sebati.
4. Masukkan siput dan sedikit air agak2 menutupi siput.
5. Goreng sehingga agak kering.
6. Angakat dan boleh lah di makan!








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments