Tuesday, July 22, 2008

Oreo Cheesecake


Selamat Datang ke Dapur Maklang


20hb July yang lepas maklang ada buatkan Along Cheesecake. Sempena hari jadi dia yg ke 15. Dia mulanya nak maklang buat Mud Cheesecake, tapi maklang tak berapa suka. Muak bebenor sebab banyak sangat cokelatnya! So, Cik Abang pun kata, buat aje Cheesecake biasa. Maklang belek2 buku, jumpa yang ini. Sedap wei...


So,
bahan2nya:


14 keping oreo ( kalau ada cream pun tak pe), di pecahkan dan dikisar halus. Campurkan dengan 2 sdb butter yang telah dicairkan. Gaulkan rata dan tekan dalam springfoam berukuran 8 inci. Bakar selama 10 min dan diketepikan.

Bahan A:
750g cream cheese
130g gula
Bahan B:
3 biji telor ayam

Bahan c:
200ml whipped cream ( yang dalam kotak tu)

Bahan d:
15 keping oreo di potong 4
1 sdt vanilla
1 sdb tepung jagung

Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang
2. Masukkan telor satu persatu dan pukul.
3. Masukkan whipped cream dan pukul lagi.
4. Terakhir masukkan oreo yang telah di belah
5. Gaul rata dan tuangkan kedalam acuan tadi.6. Boleh juga dihiaskan dengan Oreo di atas kek, dirikan biskut tu. Kalau dibaringkan susah nak potong...maklang baringkan , masalah nak potong!
6. Bakar secara ben marie ( macam yang maklang tulis kat resepi bluberry cheesecake tu) selama 50min. Selepas itu biarkan kek didalam oven selama 1 jam dengan pintu oven sedikit terbuka. Bila dan sejuk, masukkan kedalam peti ais selama 5 jam sebelum dihidangkan.


InsyaAllah jadik....





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, July 8, 2008

Pudding Cream CAramel

Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan2:

Bahan a:

5 biji telor
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
1/2 sdt vanilla
2 sdb tepung kastad ( kalau tak nak pun tak apa)
(boleh jugak jika mahu letak jagung berkrim)
1/2cawan air

Bahan b:

3/4 cawan gula pasir untuk dibuat gula hangus

Caranya:

1. Gula dipanaskan di atas kuali dan kacau sehingga perang. Kena berhati2 kerana gula cepat hangus. Apabila nampak perang, cepat2 tutup apinya dan kacau lagi. Masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk.

2. Campurkan semua bahan A dan kacau sehingga rata. Masukkan ke dalam loyang dan kukus 40-60 mins. Apabila sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk.





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sambal cencalok

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Bahan2:

4 sudu besar cencalok
2 biji lada merah dihiris
2 biji cili padi dihiris
2 biji bawang merah dihiris
air limau dari sebiji limau kasturi
2 sudu besar air didihan nasi

Campurkan semua bahan...Kalau tak ada lauk, makan ini dah sedap tu...


Selamat Datang ke Dapur Maklang






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Kentang goreng dengan cili kering

Selamat Datang ke Dapur Maklang




Bahan2:

4 biji kentang dihiris nipis dan di goreng sehingga gareng
1/2 sdt biji sawi
1 pelepah daun kari
2 ulas bawang putih di ketuk
6 biji lada kering
sedikit garam

Caranya:

1. Tumis bawang putih bersama biji sawi dan daun kari.
2. Masukkan lada kering yang di potong serong dan goreng sehingga lada kering gareng.
3. Masukkan kentang dan sedikit garam. Gaulkan sehingga rata.


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Monday, July 7, 2008


Puding roti

Bahan2:

10 keping roti yang telah tidak mahu digunakan ( kalau baru pun tak apa). Apa2 jenis roti boleh digunakan
2 kotak susu ( kotak kecil yang anak2 minum tu..)
4 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
kismis ( agak2)
1 biji telor
2 sudu besar coklat rice
jika mahu boleh juga letakkan cornflakes yang dah dihancurkan ( 2-3 sdb memadai)

Caranya:

1. Roti dikoyak2 kan dan direndam dengan susu.
2. Masukkan kismis, mentega, coklat rice dan telur. Gaulkan semuanya.
3. Biarkan sebentar ~ 10 mins. Bakar dalam api sederhana sehingga masak.










Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more