Tuesday, July 22, 2008

Oreo Cheesecake


Selamat Datang ke Dapur Maklang


20hb July yang lepas maklang ada buatkan Along Cheesecake. Sempena hari jadi dia yg ke 15. Dia mulanya nak maklang buat Mud Cheesecake, tapi maklang tak berapa suka. Muak bebenor sebab banyak sangat cokelatnya! So, Cik Abang pun kata, buat aje Cheesecake biasa. Maklang belek2 buku, jumpa yang ini. Sedap wei...


So,
bahan2nya:


14 keping oreo ( kalau ada cream pun tak pe), di pecahkan dan dikisar halus. Campurkan dengan 2 sdb butter yang telah dicairkan. Gaulkan rata dan tekan dalam springfoam berukuran 8 inci. Bakar selama 10 min dan diketepikan.

Bahan A:
750g cream cheese
130g gula
Bahan B:
3 biji telor ayam

Bahan c:
200ml whipped cream ( yang dalam kotak tu)

Bahan d:
15 keping oreo di potong 4
1 sdt vanilla
1 sdb tepung jagung

Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang
2. Masukkan telor satu persatu dan pukul.
3. Masukkan whipped cream dan pukul lagi.
4. Terakhir masukkan oreo yang telah di belah
5. Gaul rata dan tuangkan kedalam acuan tadi.6. Boleh juga dihiaskan dengan Oreo di atas kek, dirikan biskut tu. Kalau dibaringkan susah nak potong...maklang baringkan , masalah nak potong!
6. Bakar secara ben marie ( macam yang maklang tulis kat resepi bluberry cheesecake tu) selama 50min. Selepas itu biarkan kek didalam oven selama 1 jam dengan pintu oven sedikit terbuka. Bila dan sejuk, masukkan kedalam peti ais selama 5 jam sebelum dihidangkan.


InsyaAllah jadik....





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments