Friday, July 12, 2013

Nasi Kerabu

Selamat Datang ke Dapur Maklang


Nasi kerabu
Bahan utk kuah:
8 bj bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
Halia sebesar ibujari
Lada kering 15 tangkai
Beacan sebesar ibujari
Bahan2 di atas semuanya diblend
Santan pekat dari 1 bj kelapa ( yg ini boleh tambah air sedikit)
1-1.5 sdtGaram
3sdt gula putih
2sdb gula merah
Sedikit minyak utk menumis
2 keping asam keping
Cara2nya:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan semua bahan yg dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan santan dan sedikit air. Didihkan atas api perlahan
4. Masukkan asam keping, gula putih, gula merah dan sedikit garam mengikut rasa yg sesuai. Kuah ini agak manis sebab nnt akan di makan dengan kuah lada.
5. Masakkan sehingga agak pekat.
Serunding ikan
Bahan2nya:
1 ekor ikan kembong, dibersihkan, dibakar dan ditumbuk agak halus
1 bj kelapa parut ( jika terlalu kasar, blend sedikit supaya agak halus)
3 btg serai dimayang
1 bj lada merah dihiris halus
2 bj bawang merah dimayang
Gaulkan semua bahan di atas dan digoreng sehingga agak kering dan ringan kelapa itu. Masukkan sedikit gram dan gula.
Air lada
4 bj lada merah dibuang biji
Sedikit cuka
Sedikit garam dan gula
Sedikit air suam
Blend semua bahan di atas.
Sayuran kerabu boleh bermacam2. Biasa kami makan dengan timun yg dipotong dadu, taugeh, hirissn kobis manis yg biasa atau yg ungu, kacang panjang, carrot pun boleh, dan jangan lupa kemangi dan daun kesom.
Gaul semuanya dengan kuah, serunding dan air lada.
Boleh juga dimakan dengan ikan atau daging goreng, telor masin, solok lada dan sebagainya..selamat menjamu selesa!


 Semuga mendapat manafaat dari blog ini Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Ikan tenggiri masak kuali

Selamat Datang ke Dapur Maklang




Bahan2nya:

3 keping ikan tenggiri direndam dengan asam garam dan dibersihkan


kemudian ikan tersebut dilumur dengan garam dan kunyit dan di goreng sehingga garing. Ketepikan

Bahan untuk kuahnya:

semuanyadi kisar:
8 bj bawang merah
10 tangkai lada kering
5 ulas bawang putih
5 bj lada merah
6 bj cili padi ( boleh ditinggalkan sekiranya tidak mahu pedas)
belacan sebesar ibu jari
halia sebesar ibujari
2-3 batang serai
sedikit kunyit

sedikit minyak utk menumis

santan dari 1 bj kelapa
air asam jawa 1 cawan ( boleh guna asam gelugor juga tapi hendaklah masukkan air supaya santan dicairkan sedikit)

sehelai daun kunyit dimayang halus

sedikit garam dan gula mengikut citarasa masing2

Caranya:

Tumis semua bahan yang dikisar sehingga garing.

Masukkan air asam jawa dan santan. Didihkan sehingga agak pekat.

Masukkan garam dan gula.

Masukkan ikan yang digoreng tadi. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang di mayang.

Bila dah didihkan sebentar, bolehlah di angkat dan dimakan dengan nasi panas:)



Semuga mendapat manafaat dari blog ini



Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more