Bahan2nya:
3 keping ikan tenggiri direndam dengan asam garam dan dibersihkan
kemudian ikan tersebut dilumur dengan garam dan kunyit dan di goreng sehingga garing. Ketepikan
Bahan untuk kuahnya:
semuanyadi kisar:
8 bj bawang merah
10 tangkai lada kering
5 ulas bawang putih
5 bj lada merah
6 bj cili padi ( boleh ditinggalkan sekiranya tidak mahu pedas)
belacan sebesar ibu jari
halia sebesar ibujari
2-3 batang serai
sedikit kunyit
sedikit minyak utk menumis
santan dari 1 bj kelapa
air asam jawa 1 cawan ( boleh guna asam gelugor juga tapi hendaklah masukkan air supaya santan dicairkan sedikit)
sehelai daun kunyit dimayang halus
sedikit garam dan gula mengikut citarasa masing2
Caranya:
Tumis semua bahan yang dikisar sehingga garing.
Masukkan air asam jawa dan santan. Didihkan sehingga agak pekat.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan ikan yang digoreng tadi. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang di mayang.
Bila dah didihkan sebentar, bolehlah di angkat dan dimakan dengan nasi panas:)
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
0 comments