Thursday, August 27, 2009

Sambal ayam

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Bahan2:


1 ekor ayam dipotong 12 , dibersihkan dan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak yang banyak. Jangan terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras!

Bahan untuk di kisar:

10 tangkai cili kering
4-5 tangkai lada merah
( kalau mahu lebih pedas boleh tambah 5-6 tangkai cili padi)
8 biji bawang merah
sebesar ibujari belacan


Lain2:

1 cawan air asam jawa
3 sdb gula putih
3 labu bawang besar dipotong panjang
minyak untuk menggoreng dan menumis


Caranya:

1. Tumis bahan2 yang dikisar.
2. Masukkan garam dan gula
3. Pastikan semuanya sudah naik minyak baru masukkan asam.
3. Bila asam sudah agak kering, masukkan bawang besar dan ayam.
4. Biarkan sebentar sebelum diangkat.



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments