Monday, April 13, 2009

Mee Bayam

Selamat Datang ke Dapur Maklang






Assalamualaikum..

Hari ini kami makan mee bayam...sebab budak2 ni seme suka bayam dan tak makan sawi maka, maklang modifylah bahan2nya..



Bahan2nya:

1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 biji bawang besar dihieia
3 ulas bawang putih dihiris
1 sdt lada putih
1 ikat bayam dipotong
1/2 inci halia dimayang halus
2 bungkus fishball
1 bungkus fishcake dihiris
1/2 periuk air
sedikit garam dan gula


Meehoon dicelur

Untuk lebih sedap, blendkan 4 biji cili padi bersama 3 ulas bawang putih bersama sedikit kicap masin dan kicap manis.


Caranya:

1. Rebus air. Apabila mendidih, masukkan bawang merah dan bawang putih dah halia.
2. Masukkan ayam dan fishball serta fishcake.
3. Masukkan lada putih dan garam serta gula.
4. Masukkan bayam. Apabila bayam telah lembut, bolehlah diangkat. Boleh jugak sekiranya mahu letak carrot yang dihiris.
5. Tuangkan kuah yang masih panas ke atas meehoon yang telah dicelur. Letakkan sedikit kuah kicap cili padi...Barulah terangkat bila makan...:)




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

0 comments