Tuesday, June 24, 2008

Kailan goreng berudang

Salam...

Selamat datang ke Dapur maklang...



Lama jugak maklang tak updet ..


Hari ini masak kailan laa...Kalau goreng kailan ni, kadang2 terasa pahit dia kan. Dan kalau pahit, mesti tak suka nak makan...bagi maklanglaa...




Bahan2:


Seikat kailan, dibersihkan dan direndam dengan garam untuk membuang sisa kotoran. Kemudian di potong sederhana besar.


Beberapa ekor udang hidup dibersihkan


3 ulas bawang putih diketuk


sedikit halia dihiris


1/2 sudu teh lada putih


1 sudu besar sos tiram


beberapa titik minyak bijan


sedikit gula


Caranya:


1. Celur kailan sebentar. Ini adalah untuk membuang pahit dan kelat yang ada pada kailan.


2. Tumis bawang putih bersama halia sebentar. Masukkan udang dan goreng sebentar.


3. Masukkan sos tiram bersama sedikit air dan gula bersama lada putih .


4. Masukkan kailan. Titikkan minyak bijan dan balik2kan bersama kailan. Angkat.


Selamat menjamu selera.






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sunday, June 1, 2008

Ikan tongkol masak lemak

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Ini sebenarnya lauk untuk nasi berlauk.

Bahan2:

1 ekor ikan tongkol dibersihkan dan direbus bersama bawang merah, bawang putih dan halia seta lada merah dan asam keping dan sedikit air dan garam. ( memadai menggunakan satu ulas bawang2 dan sebiji lada dan 3 keping asam keping). Apabila mendidih, di toskan ikan tersebut. Boleh juga sekiranya tak di rebus dahulu. Masak terus aje pun boleh...

3 ulas bawang merah di tumbuk
5 ulas lada merah di tumbuk

1 biji kelapa diambil santannya

cili hijau atau cili padi di hiris.
4 keping asam keping
sedikit kunyit hidup ( ditumbuk) atau kunyit serbuk dan sedikit garam

4 x 4 inci lengkuas di ketuk


Caranya:

1. Ikan tongkol yang di toskan tadi, di masak bersama bawang merah dan lada merah yang telah ditumbuk/ blend bersama lengkuas dan asam keping. Letakkan sedikit santan serta kunyit.

2. Apabila telah mendidih, masukkan santan selebihnya berserta cili pada/ cili hijau dan biarkan mendidih lagi. Angkat dan boleh dimakan dengan nasi panas.




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Mee Goreng Basah

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Biasanya maklang kalau goreng mee ni, maklang gunakan perencah untuk nak goreng sayur. Memang dari masa maklang kecik2, Wan memang selalu siapkan perencah sayur banyak2. Sebab Wan bekerja, jadik senang kalau perencah dah siap. Main ceduk2 then tumis and terus goreng apa yang kita nak.

Bahan perencahnya seperti berikut:


5 ulas lada merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci persegi belacan
1 sudu kecil udang kering
1 sudu kecik ikan bilis

Kesemua bahan di atas, di blend jangan terlalu halus.

Untuk menggoreng mee, maklang tambahkan bahan2 berikut.

1/2 kg mee kuning yang di cuci. Lebih elok kalau direndam sebentar dalam air panas untuk membuang kapurnya
300 gm daging, dihiris nipis dan di rebus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut
3 susu besar tomato sos
1-2 sudu besar tomato sos
1sudu besar kicap masin
sedikit garam dan gula
1 mangkuk taugeh dan 2 ikat kucai dipotong 1 inci panjang ( boleh juga letakkan sawi atau carrot yang di hiris panjang)


Caranya:

1. Tumis bahan2 yang dikisar di dalam minyak panas.
2. Apabila gareng, masukkan daging dan sedikit airnya.
3. Masukkan tomato dan kicap masin serta gula. Kacau rata.
4. Masukkan mee dan kacau lagi.
5. Terakhir masukkan taugeh dan kucai. Boleh jugak di masukkan hirisan tomato buah sekiranya suka.
6. Angkat dan hidangkan. Sedap di makan dengan hirisan lada dan perahan air limau kasturi dan bawang goreng.





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more