Friday, November 22, 2013

Hati Lembu Goreng dengan Rempah Kari

Selamat Datang ke Dapur Maklang Semuga mendapat manafaat dari blog ini

Assalamualaikum...

Macam dah letak je resepi ini tapi bila dicari2 tak jumpa pulak.


Bahan2:

1/2 kg hati lembu dipotong nipis2
1 bj lada merah di hiris ( jika mau pedas boleh diganti dengan beberapa ulas cili padi yang di ketuk)
1 bj bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dihiris
sebesar ibujari halia dihiris
4 sdb rempah kari daging
sepelepah daun kauh kari
1 kpg asam gelugor
sedikit garam dan gula
sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak utk meenggoreng dan menumis

Cara2nya:

1. Hati lembu dihiris dan dicuci bersih. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit dan serbuk kari.
2. Goreng hati sehingga agak kering . ( saya tak lalu makan kalau masih rasa darah).
3. Masukkan bahan hirisan beserta asam keping dan gula dan garam.
4. Apabila hati susah masak, boleh lah diangkat.





Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Friday, November 15, 2013

Tahu fantasia

Bahan2nya

6 keping tahu
1/2 cawan daging ayam dipotong dadu ( kecil2)
1 pokok kecil daun bawang dan daun sadri di mayang halus
1 batang lobak merah diparut halus
1 btg lada merah dipotong dadu halus
1 putih telor
2 sd makan tepong jagung
Sedikit garam
Sedikit lada putih

Caranya:

Tahu dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan semua bahan2 yg lain. Sekiranya kurang melekat, masukkan sedikit lagi tepong jagung.

Masukkan campuran tadi kedalam acuan kuih lompang ataupun ke dalam loyang. Kukus sehingga masak.

Kemudian sejukkan dan dikeluarkan dari acuan. Setelah itu digoreng dalam minyak panas sehingga ke kuningan.. Sedap dimakan dengan sos cili atau cili padi.


Ayam boleh juga digantikan dengan potongan udang atau seumpamanya.


Resipi asal dari puan Elly Salman di elly-salman.blogspot.com. Tapi x jumpa pulak link dia.
Read more