Thursday, April 18, 2013

Kek Marble

Selamat Datang ke Dapur Maklang 


Memang lama dah suka makan kek ni. Maklang mintak pada kawan baik maklang sejak kecil yg sangat pandai masak. Ikut macam mak dia laaa...Aunty Faegah...Dia pun memang tak lokek resepi...Jom share ye...
  • Bahan2nya:

    12 biji telur A
    12 oz castor sugar
    16 oz butter
    13 oz tepung gandum
    8 sudu mkn susupekat ( saya kurangkan jadi 6sdb)
    1/2 sudu kecil baking powder
    2teaspoon esen vanilla
    2 teaspoon esen ros
    2 teaspoon coco
    esen merah



    cara2:

    1. Pukul butter dan gula sehingga kembang ( agak2 kuning cair)
    2. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi, Biasanya bila masukkan telur yang kesepuluh atau sembilan, akan ternampak seperti telur itu macam tak sebati dan nampak macam adunan kita berminyak. Sekiranya ini terjadi, masukkan 1 sudu besar tepung dan pukul lagi adunan. Bila dah bercampur baru masukkan telur yang seterusnya.

    3. Kemudian masukkan esen vanilla 

    4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup dan balikkan,

    5. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
    6. Bila semua sudah siap, bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian mengikut warna  yg kita mahu. Contohmya
    a. kuning + vanilla
    b. merah + ros
    c. campurkan coco yg dah campur air skit

    7. Kemudian lenserkan dengan mentega pada tepi loyang pembakar dan lapikkan dengan keras pada bahagian bawah dulang pembakar. masukkan adunan tadi berselang2 mengikut warna yang kita sukai..
    bakar dlm oven 170C 45 minsSemuga mendapat manafaat dari blog ini



Read more