Saturday, October 24, 2009

Carrot Cake dengan cream cheese topping



Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan2:

a:
7 biji telur bersize sederhana/ besar
200gm gula perang atau gula merah
200gm gula castor
b:
1 sdt soda bikarbonat
2 sdt baking powder
1.5 sdt cinnamon
550g tepung naik sendiri
150 gm walnut cincang ( boleh jugak jika mahu dicampur dengan badam cincang)
100gm sultana atau buah2an kering ( maklang suka potong kecik2)
500gm carrot yang diparut halus
1 sdt garam
c:
180gm minyak jagung atau minyak masak
180 gm mentega yang dicairkan

Caranya:
1. Pukul bahan a sehingga kembang. Adunan kembang bila ianya kelihatan pekat.
2. Masukkan bahan b. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup dan balik kan. Masukkan juga bahan2 b yang lain.
3. Masukkan bahan c dan gaul rata.
4. Alas kan loyang pembakar dengan kertas minyak dan aliskan keliling loyang dengan mentega supaya kek tidak melekat bila ianya masak.
5. Bakar dalam api yang sederhana panas selama lebih kurang 1-1 jam 15 mins.
6. Apabila kek masak, angkat dan tutupkan dengan aluminum foil atau pinggan supaya ia akan menyimpan kelembapan kek.
Nota: adunan ini boleh membuat 2 biji kek - 1 adunan untuk loyang bulan 10 inci dan 1 adunan 8 inci

Untuk topping:

250gm cream cheese
100gm icing sugar
100 gm butter
1 biji lemon diambil air nya dan di parut halus kulitnya

Caranya:

1. putarkan cheese, butter dan gula sehingga ianya lembut dan agak kembang
2. masukkan air lemon dan kulit yang diparut. Putar lagi sehingga sebati
3. Adunan ini boleh disapukan atas carrot cake. Lebih elok sekiranya ianya dibuat lebih awal dan di masukkan dalam peti ais supaya ianya agak keras..

selamat mencuba


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more