Wednesday, May 27, 2009

Ayam bakar simple

Selamat Datang ke Dapur Maklang


















Selamat Datang ke Dapur Maklang



Bahan2:

1 ekor ayam, di potong 12, atau ikut sukalaa
1 botol barbeque sos
2 sdb lada hitam ditumbuk kasar

lumurkan semua bahan2 diatas pada ayam dan perap selama 1-2 jam

bakar dalam api sederhana selama 20-25 min sebelah dan balikkan dah bakar selama 20 min lagi. Semasa membakar jangan lupa disapu ayam itu dengan sos bekas lumuran tadi. Kemudian letakkan grill mode dan bakar selama 5 min untuk setiap belah.

Boleh diangkat dan makan...enjoy...

ada masa, Insyaallah maklang letakkan cara2 nak buat kentang mayo dan sos thousand island...Insyaallah...
Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, May 12, 2009

Nasi Goreng Cina

Selamat Datang ke Dapur Maklang
















Bahan2:

3 mangkok besar nasi yang di sejukkan
1/2 tube daging cincang
2 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
6 batang kacang panjang dihiris
1 batang lobak merah di potong dadu
3 biji lada merah dihiris
2 sdk serbuk lada putih
beberapa titik minyak bijan
2 biji telor
sedikit daun sup dan daun sadri dihiris
3 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng

bahan2 yang ditumbuk/ kisar

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan, udang kering dan ikan bilis
3 biji lada merah


Caranya:

1.Panaskan minyak.
2.Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Goreng sehingga agak merah.
3.Masukkan bahan yang dikisar, dan goreng sehingga garing.
4.Masukkan daging kisar dan goreng lagi sehingga daging agak kering.
5.Masukkan nasi dan gaul rata.
6.Masukkan sayuran,lada hiris diikuti dengan garam dan gula dan lada putih dan daun limau purut.
7.Pecahkan telur dan gaul dengan nasi. Biarkan ianya agak kering.( nasi tu dah nampak macam terlompat2 kalau atas kuali...jangan terpelanting keluar kuali sudah!)
8.Sebelum diangkat, titikkan minyak bijan dan gaul. Sedap di makan panas tau...



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more