Saturday, February 28, 2009

Taugeh kasar goreng

Selamat Datang ke Dapur Maklang

















Taugeh kasar ni memang maklang suka...sedap ..berderap kalau makan.

Bahan2:

200gm taugeh kasar dibuang ekornya dan dibersihkan
1 ikat daun kucai dipotong sepanjang 1 inci
2 keping tauhu lembut dipotong 4

Bahan tumisan: ( di tumbuk)

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah
6 ekor ikan bilis dibuang isi perut
1/2 inci belacan
1 sdk udang kering

Sedikit minyak untuk menumis
3 sdb kicap kikkoman - kalau tak ada boleh guna mana2 kicap cair
sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bahan tumis dan goreng shingga garing.
3. Masukkan kicap kikkoman/ kicap cair dan gula.
4. Masukkan potongan tauhu. Biarkan merenih sebentar.
5. Masukkan taugeh dan daun kucai. Balikkan sebentar dan angkat.





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Wednesday, February 25, 2009

Pacery terong dan telur



Selamat Datang ke Dapur Maklang


Hari ini memang habis idea nak masak apa...last2 teringat ada beberapa biki terung dalam fridge. Makanya membuat pacerylah kat dapur pagi2 tadi sebelum ke pejabat!

Bahan:

4-5 biji terung dibelah dua
2 batang lada merah dibelah 2 dan dibuang biji nya
6 biji telur direbus, dibuang kulitnya dan kemudian digoreng

Bahan tumis:

1 batang kayu manis di ketuk
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 pelepah daun kari
2 biji bawang merah dimayang halus

Bahan tumbuk:

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 ekor ikan bilis

4 sdb kari ikan
1 cawan santan pekat
2 sdb kerisik
1/2 cawan air perahan asam jawa
1 keping gula kerek ( atau gula melaka -agak2 manisnya ye!)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam mengikut rasa

Caranya:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumisan sehingga bawang agak keperangan.

2. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng sehingga agak garing.

3. Masukkan rempah kari dan goreng lagi.

4. Masukkan santan dan air asam. Biarkan mendidih dan masukkan gula bersama2 dengan terung.

5. Masukkan telur. Kalau boleh belahkan telur supaya perisa kari terasa pada telur. Masukkan lada merah yang dibelah tadi.

6. Biarkan mendidih dan angkat bila agak pekat.

Sekian. Selamat mencuba!







Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Monday, February 23, 2009

Mee Soup Ayam

Selamat Datang ke Dapur Maklang






Malas nak masak plus tak ada idea, maklang masak Mee Soup Ayam atau Mee Pangsit kat Blog Mat Gebu. Bahannya lebihkurang aje..
BAHAN KUAH :-)
1/2 ekor ayam, potong kecil
1 paket bebola ikan cap mushroom
3 batang fish cake cap mushroom
Ditumbuk halus:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 camca besar serbuk lada sulah
2 inci halia
4 pokok sawi dipotong dan dicelur
2 batang karot di hiris jangan terlalu nipis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN LAIN :-)
Mee hoon secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Hirisan cili jika mahu
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air dah kemudian masukkan ayam dan bebola ikan berserta fish cake.
3. Masukkan karot.
4. Masukkan bahan2 lain dan didihkan.
5. Mee hoon yang dicelur tadi dicampurkan dengan kuah sup yang panas berserta sawi. Sedap dimakan dengan kicap dan cili. Jangan letak banyak2..kang menangis macam maklang..he..he..



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Saturday, February 21, 2009

Lala Goreng Tiram

Selamat Datang ke Dapur Maklang
















Bahan2:

1kg Lala direndam untuk membuang lumpurnya. Pastikan Lala bersih ( chek yang tertutup aje sebab biasanya yang tertutup rapat tu ada lumpur!)
4 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 batang serai di hiris
2 biji lada merah dihiris
2sdb sos tiram
sedikit garam dan gula
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

1. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga garing.
2. Masukkan serai dan goreng lagi
3. Masukkan sos tiram dah lala berserta air.
4. Apabila sudah mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa.

Terimakaseh jengok dapur maklang ni...semuga semua mendapat manafaat darinya...
Read more

Sunday, February 15, 2009

Percik Ikan Kembung

Selamat Datang ke Dapur Maklang















Percik ikan kembung...Kalau Wan datang sini..mesti ada request untuk ini...


Bahan-bahan:

1kg ikan kembung yang agak besar, dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa dan garam untuk membuang hanyir ikan

Bahan perap:

6 biji bawang merah )
1 inci halia ) ditumbuk kasar
sedikit garam

Perap ikan selama 1 jam sebelum dibungkus dengan daun pisang dan dibakar


Bahan Kuah:

5 biji bawang merah }
1/2 inci halia } ditumbuk lumat
1/2 sudu besar lada hitam }

2 mangkuk santan dari 1 biji kelapa

sedikit garam

2 keping asam gelugor ( asam keping)


Cara membuat nya:

1. Campurkan semua bahan didalam periuk dan panaskan atas api yang agak kuat. Kacau setiap masa supaya santan tidak pecah minyak.

2. Apabila sudah mendidih, masakkan atas api yang perlahan sehingga kuah pekat.

3. Apabila kuah sudah pekat dan ikan sudah di bakar atas api ( jangan terkaku kering), masukkan ikan ke dalam kuah tadi. Biarkan 5 min atas api kecil.

4. Angkat dan hidangkan.

5. Ikan percik ni sedap di makan dengan sambal belacan...barulah kaw!
lagi permintaan Along...kueh sagu mata ikan dengan kelapa...






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Saturday, February 14, 2009

Kerabu mangga - Som Tam


Selamat Datang ke Dapur Maklang



Bahan2:

2 biji mangga ( sedap kalau mangga lemak) )
1 biji carrot ) hiris panjang
6 biji bawang merah dihiris panjang
5-6 urat kacang panjang
1/2 cawan kacang tanah yang digoreng
3 sdb udang kering direndam dalam air panas dan di tumbuk
6 biji cili padi di hiris
1 biji cili merah di hiris
1 pokok daun ketumbar di hiris
sedikit air limau nipis
garam / gula


Caranya:


Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam dan gula ikut rasa. Elok di makan sebaik ianya di campurkan.






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, February 3, 2009

Tomyam Tauhu Jepun


Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan2:

2 tiub tauhu Jepun di potong setebal 1 inci dan digoreng sebentar
1 labu bawang besar dihiris panjang
2 ulas bawang putih dihiris
1 batang serai dihiris
10 bj cili padi diketuk
5 batang kacan boncis dipotong serong
3 helai daun kobis panjang, dipotong batang dan daun
bunga kobis dan brocoli (optional)
5 biji sendawan butang dipotong 4
minyak untuk menumis
garam dan gula
3 helai daun limau purut di siat2
2 sdb perencah tomyam
sedikit air


Caranya:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi serta serai.
2. Masukkan perencah tomyam dan sedikit air.
3. Masukkan udang dan balik2kan sebentar.
4. Masukkan sayuran.
5. Masukkan daun limau purut dan garam serta gula.
6. Apabila sudah sayuran sudah agak lembut, curahkan ke atas tauhu Jepun yang telah digoreng tadi.


Selamat makan....







Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more