Saturday, May 31, 2008

Kuew Teow Goreng

Selamat Datang ke Dapur Maklang





Kita goreng kuey teow pulak. Resepi ni memang selalu digunakan. Main hemtam aje. Biasalah...yang anak2 suka , tu yang maklang masak. Suami pun suka tau...he..he..

2 packet kuew teow. Seeloknya kuew teow tu di pisah2kan supaya senang utuk di gaul dengan bumbunya....
15 ekor udang dibuang kepala dan dibersihkan ( Boleh juga digantikan dengan 1/2 tube daging kisar yang dibersihkan dan di toskan)

Bahang untuk di tumbuk/ kisar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar lada kering
sedikit belacan

2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar tomato sos

1/2 kg taugeh dibersihkan
2 ikat daun kucai dipotong 1 inci panjang

2 biji telur

Sedikit minyak untuk menumis.

Caranya:

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang di kisar dan di goreng sehingga gareng.

2. Masukkan udang. Goreng sebentar. Sekiranya menggunakan daging, goreng sehingga air daging kering. Masukkan tomato sos dan goreng lagi.

3. Masukkan kuew teow berserta kicap mee dan sedikit garam secukup rasa. Masukkan juga taugeh dan kucai. Kacau cepat2 sebab kuew teow kalau terlalu lembik tak sedap.

4. Di kuali lain, pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur. Jangan lupa letakkan sedikit garam. Angkat dan gaulkan ke dalam kuew teow. Angkat dan makan masa panas...Sedap....:)



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Buttered Prawn

Selamat Datang ke Dapur Maklang




1/2 kg udang dibuang kepalanya.

6 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada putih
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Bersihkan udang dan toskan sehingga kering
Balutkan udang dengan tepung, lada putih dan garam
Goreng sehingga garing (jangan terlalu lama)

Bahan-Bahan untuk kuahnya.

1 biji bawang besar (dihiris panjang)
10 biji cili padi (dihiris halus)
1 sudu susu tepung (optional)
1 sudu besar kari ikan
1 pelepah daun kari
2 biji telur
2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Minyak untuk menumis


Cara-caranya

Tumis bawang merah yang ditumbuk,masukkan daun kari dan cili padi dan digoreng sehingga garing.
Masaukkan rempah kari dan susu tepung bersama 1 sudu besar air.
Pecahkan telur, pukul dan masukkan dalam bahan tadi. Kacau cepat-cepat.
Masukkan sedikit garam dan udang tadi dan dikacau rata.

* sebenarnya ini jadik macam udang bersalut telur hancur...maklang tak pandai pulak nak jadikan cam kat kedai tu...tapi rasanya, InsyaAllah...boleh tahan...

Selamat mencuba....







Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Kentang goreng dengan kacang

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Ini salah satu resepi feberet Paklang. Kalau tak ada lauk, buat lauk ini jadik....mau tambah 2-3 kali. Sampai berpoloh2....



4 biji kentang dibuang kulit dan dihiris nipis dan digoreng gareng

5 sudu besar kacang tanah yang digoreng
3 sudu besar lada kering
1 sudu teh gula
1 biji bawang besar dihiris bulat2
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam

Caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis lada sehingga gareng.
2. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
3. Masukkan kentang, gula dan kcang tanah. Gaul dan balikkan.
4. Angkat dan sedap di makan dengan nasik panas. Boleh jugak kalau diletakkan ikan bilis yang digoreng gareng.

1. Tumis




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Kacang Panjang goreng bertelur



Selamat Datang ke Dapur Maklang


Hari ini maklang letak resipi sempoi. Tak ada resipi nak letak...so, yang ini aje maklang le...
10 urat kacang panjang muda - dipotong serong sepanjang 1 inci
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil udang kering
( semua bahan di atas di tumbuk)
garam secukup rasa
1 biji telur ayam
sesudu minyak masak
Caranya:
Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga gareng. Kemuadian masukkan telur. Biarkan sebentar dan kemudian kacau telur seperti membuat telur hancur. Masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan kacang panjang. Biarkan sebentar. Angkat.


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more