Monday, February 4, 2008

Soto Ayam


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Bahan2nya:
2 kuntum Bunga lawang
4 bj buah pelaga
1 batang 2-3 inci kayu manis dan beberapa kuntum bunga cengkih
8 biji bawang merah}
4 ulas bawang putih} dikisar halus
1/2 inci halia }
2 batang serai
4 sdb rempah soto atau sup
6 mangkuk besar air
1 ekor ayam dibelah empat
Taugeh dibuang ekornya
kacang tanah yang digoreng jika suka
Bergedil

Caranya:

Tumis bawang merah yang dihiris bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh dan bunga lawang sehingga naik bau. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar. Apabila agak gareng, masukkan rempah soto atau rempah sup. Masukkan 1/2 cawan air dah masakkan rempah sehingga naik minyak. Masukkan air dan ayam bersama serai dan garam secukup rasa. Apabila ayam telah lembut, angkat dan toskan.

Isi ayam tadi dicarikkan. Tulang ayam dimasukkan semula kedalam sup dan rebus lagi buat beberapa ketika.

Sos kicap

5 ulas bawang putih
10 biji cili padi
kicap manis dan kicap masin

Blend kesemuanya sehingga halus

Bergedil

6 biji kentang dibuang kulit dan di microwave tanpa air selama 10-12 minit. Tumbukkan sehingga hancur tapi jangan terlalu lembik.
1/2 tiub daging cincang (~150gm) digoreng dengan sedikit minyak sehingga airnya kering
1 pokok daun bawang) di hiris halus
1 pokok daun sadri )
1/2 cawan bawang goreng
sedikit garam


Campurkan kesemua bahan diatas sehingga rata. Bulat2kan dan kemudian celupkan didalam telur yang telah dipukul. Gorengkan dalam minyak panas, atas api sederhana. Masa goreng tu, jangan letak terlalu banyak bergedil kerana bergedil akan pecah. Apabila telah berwarna agak perang, angkat dan toskan.

Selama mencuba!





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more