Sunday, April 23, 2006

Coklat Kek


Bahan A
2 cawan gula pasir
0.9 cawan minyak masak
0.75 cawan koko
1 .75 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair Ideal *
1.5 sdt bikarbonat
1.5 sdt baking powder
0.5 sdt garam
3 biji telor ayam

Bahan B

1 cawan air mendidih

Campurkan semua bahan a sehingga sebati. Apabila sudah sebati baru masukkan air mendidh dan digaul sehingga sebati dan bakar selama lebih kurang 1 jam

Selamat mencuba.

* susu Carnation kena guna yang buat kek . Kalau yang buat air tu kek tak naik sangat.
Read more

Friday, April 21, 2006

Roti Jala

Seperti yang dah dijanjukan dengan kawan seangkatan yang rajin masuk blog maklang, kat sini maklang tulis resepi roti jala dulu ye...

Bahan2nya:

1 kilo tepung gandum yang diayak
1 tin susu cair
1 biji telor
sedikit garam dan pewarna kuning
Air lebihkurang 800ml (atau agak2 mengikut kecairan tepung)

Semua bahan diacmpurkan dah kemudian diblendkan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair kerana ini menyebabkan roti jala melekat pada kuali.

Sebelum roti dijalakan di atas kuali, pastikan minyak itu panas.


Read more