Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Kerabu kedondong

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Assalamualaikum


Last wiken masa kak liza datang, kami sama2 kutip buah kedondong yang tengah lebat kat depan rumah tu.Selalunya tak sempat nak ambek, monyet2 dari hutan kat belakang rumah dah makan dulu...Tapi kali ini agaknya rezeki kak liza, banyak jugaklah dapat dipetik. alhamdulillah...

So, since kak liza kata nak buat pajeri, maklang pulak kata..agaknya sedap tak buat kerabu kedondong...maka semalam, tibalah sesi campak2 and agak2 untuk menghasilkan kerabu ini. Memang maklang tak perahkan limau sebab takut masam sangat. nak2 bulan2 puasa ni takut perut meragam pulak...

Bahan2

10-15 biji kedondong yang agak muda dibuat kulit dan sagat kasar
2 biji lobak merah di sagat
1 pokok daun ketumbar dihiris halus
3/4 cawan kacang digoreng dan dikisar kasar
2 bj lada merah dihiris
6-10 biji cili padi di hiris
sedikit garam dan gula
4 bj bawang merah dimayang
2sdb udang kering direndam dengan air panas ( boleh juga kalau mahu digoreng tanpa minyak sehingga garing)

Campurkan semua bahan sehingga rata. Ratakan gula dan garam.Jika mahu boleh juga perahkan sedikit limau kasturi atau limau nipis.


Selamat mencuba..



Semuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Thursday, December 3, 2009

Brocolli cendawan


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Bahan2:

5 ulas bawang putih dibuang kulit dan di ketuk
2 pokok brocolli
5 batang cendawan kering direndam sehingga kembang, dibuang batangnya dan kemusin dihiris nipis
1 ikat cendawn Innoki
3 sdb sos tiram
1/2 sdt lada putih
1/2 sdt gula
beberapa titisan minyak bijan
1 sdb minyak untuk menumis
1/2 gelas air


Caranya:

1. Potong brocolli .
2. Rebus air dan titiskan sedikit minyak masak. Apabila air masak, celur kan brocolli selama 3 min dan kemudian di angkat dan ditoskan.
3. Panaskan minyak masak didalam kuali. Bila minyak sudah panas, tumiskan bawang putih yang telah di ketuk
4. Masukkan sos tiram, lada putih dan gula. Campurkan 1/2 gelas air. Biarkan ianya menggelegak.
5. Masukkan cendawan shiitake dan biarkan sebentar.
6. Masukkan cendawan Innoki.
7. Titskan minyak bijan dan diangkat.
8. Letakkan brocolli tadi diatas pinggan dan kemudian curahkan kuah cendawan tadi ke atas brocolli.








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Friday, August 21, 2009

Bendi goreng dengan tauhu



Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan2:

12 biji bendi di potong serong
1 biji bawang merah dihiris
1 batang lada merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu kecil biji sawi
2 keping tauhu dipotong 8 dan digoreng
10 ekor udang dibuang kepala
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit garam dan gula


Caranya:

1. Tumis bawang merah, lada merah dan bawang putih.
2. Masukkan biji sawi dan udang.
3. Masukkan tauhu.
4. Kemudian masukkan bendi dan garam serta sedikit gula.
5. Goreng sehingga bendi masak dan boleh lah diangkat.









Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Wednesday, August 12, 2009

Terung goreng dengan ikan masin


Selamat Datang ke Dapur Maklang


Bahan2:

2 biji terung di belah 2 dan dipotong setebal 1 inci
10 tanngkai cili kering dikisar
1 labu bawang besar, di hiris memanjang
1 kipas ikan pari masin ( direndam sebentar untuk buang masin dia) dan di potong sebesar 1 inci
sedikit gula
minyak untuk menggoreng.

Caranya:

1. Terung digoreng sehingga layu. Angkat dan toskan.
2. Goreng ikan pari ( atau ikan selar kuning pun boleh) sehingga garing. Angkat dan toskan.
3. Tumiskan lada kering sehingga naik minyak dan masukkan gula.
4. Masukkan bawang hiris dan goreng sebentar.
5. Masukkan ikan pari dan terung tadi. Gaulkan rata2.
6. Boleh diangkat dan sedap dimakan dengan nasi panas.Memang membuka selera!



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba
Read more

Saturday, February 28, 2009

Taugeh kasar goreng

Selamat Datang ke Dapur Maklang

















Taugeh kasar ni memang maklang suka...sedap ..berderap kalau makan.

Bahan2:

200gm taugeh kasar dibuang ekornya dan dibersihkan
1 ikat daun kucai dipotong sepanjang 1 inci
2 keping tauhu lembut dipotong 4

Bahan tumisan: ( di tumbuk)

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah
6 ekor ikan bilis dibuang isi perut
1/2 inci belacan
1 sdk udang kering

Sedikit minyak untuk menumis
3 sdb kicap kikkoman - kalau tak ada boleh guna mana2 kicap cair
sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bahan tumis dan goreng shingga garing.
3. Masukkan kicap kikkoman/ kicap cair dan gula.
4. Masukkan potongan tauhu. Biarkan merenih sebentar.
5. Masukkan taugeh dan daun kucai. Balikkan sebentar dan angkat.





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Wednesday, February 25, 2009

Pacery terong dan telur



Selamat Datang ke Dapur Maklang


Hari ini memang habis idea nak masak apa...last2 teringat ada beberapa biki terung dalam fridge. Makanya membuat pacerylah kat dapur pagi2 tadi sebelum ke pejabat!

Bahan:

4-5 biji terung dibelah dua
2 batang lada merah dibelah 2 dan dibuang biji nya
6 biji telur direbus, dibuang kulitnya dan kemudian digoreng

Bahan tumis:

1 batang kayu manis di ketuk
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 pelepah daun kari
2 biji bawang merah dimayang halus

Bahan tumbuk:

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 ekor ikan bilis

4 sdb kari ikan
1 cawan santan pekat
2 sdb kerisik
1/2 cawan air perahan asam jawa
1 keping gula kerek ( atau gula melaka -agak2 manisnya ye!)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam mengikut rasa

Caranya:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumisan sehingga bawang agak keperangan.

2. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng sehingga agak garing.

3. Masukkan rempah kari dan goreng lagi.

4. Masukkan santan dan air asam. Biarkan mendidih dan masukkan gula bersama2 dengan terung.

5. Masukkan telur. Kalau boleh belahkan telur supaya perisa kari terasa pada telur. Masukkan lada merah yang dibelah tadi.

6. Biarkan mendidih dan angkat bila agak pekat.

Sekian. Selamat mencuba!







Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Friday, November 14, 2008

Kerabu sayur


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Ini adalah kerabu kesukaan Cik abang, in facr apa aje kerabu asal sedap...memang dia suka.

Bahan2:

Bahan A:
1 ikat pucuk paku direbus dan dihiris
1 ikat daun kesom dihiris
1 mangkuk taugeh dibuang ekornya
6 batang kacang panjang dihiris 1/4 inci tebal
6 batang kacang botol dihiris 1/4 inci tebal

Bahan B:
4 ulas lada merah
4 ulas cili padi
sebesar ibujari belacan
sedikit garam dan gula

Bahan C:
Semangkuk santan pekat dididihkan sebentar

Bahan D:
1 labu bawang besar dihiris dan dibakar sehingga layu

Bahan E:
Kerang rebus secawan
2 sdb kerisik

Caranya:

1. Bahan B dikisar sehingga lumat.
2. Campurkan semua bahan dan dikacau sehingga rata.
3. Masukkan dalam peti ais sebelum dimakan bersama nasi. Boleh juga diperah sedikit air limau kasturi jika mahu.








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more