Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Stew Daging







Selamat Datang ke Dapur Maklang





Bahan2:



1 kg daging lembu/ kambing / atau ayam. Kalau daging kambing / lembu bahagian tenderloin adalah yang paling baik

4 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu sebesar ibujari

1 tin kacang peas ditoskan airnya

2 batang lobak merah di potong setebal 1 inci dan dibelah 4

4 labu bawang merah dibelah 2 dah didau besar2

2 tin tomato sup ( apa2 jenis)

1 tin tomato puree farmland

6 bj tomato masak sederhana besar di potong dadu

4 ulas bawang putih didadukan

sedikit minyak utk menumis

2 cawan air

sedikit garam gula dan lada hitam





Caranya:



1. Panaskan minyak. tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan daging dan goreng sebentar.

3. Masukkan tomato sup, kentang, lobak merah dan air.

4. Biarkan sebentar

5. Masukkan bahan2 lain.

6. biarkan semuanya didalam periuk sehingga agak pekat.

7. bolehlah diangkat dan dihidangkan bila dan masak.





Semuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Friday, December 28, 2007

Daging berlada limau kasturi

Selamat Datang ke Dapur Maklang


Daging berlada dengan kentang


Bahan2nya:

1/2 kg daging batang pinang dihiris nipis
4 biji kentang dipotong wedges
4 sudu besar cili keing yang telah diblend
1 labu bawang besar dihiris bulat
1 biji lada hijau dihiris.
2 biji limau kasturi
garam secukup rasa

Caranya:

1.Daging digoreng dengan garam dan kunyit sehingga lembut dan gareng.
2. Kentang digoreng sehingga gareng.
3. Tumis lada kering sehingga naik bau.
4. Masukkan bawang besar dan lada hijau. Goreng sebentar.
5. Masukkan daging dan gaul rata.
6. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
7. PErahkan air limau kasturi dan dibalikkan.
8. Angkat dan boleh dihidangkan.




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, September 11, 2007

Dendeng


Dendeng










Dendeng sebelum disambalkan..memang sedap ni...makan pulak dengan gulai lemak udang dengan kacang panjang...berpoloh.....








Selamat Datang ke Dapur Maklang

2kg Daging lembu ( Chuck tender pun dah ok)

Bahan2 A: ( dimesin sehingga halus)

8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sebesar ibujari halia
4 batang serai

Bahan2 B: ( dimesin sehingga halus)

4 biji bawang Merah
8 ulas bawang putih
4 biji tomato sederhana besar
10 biji lada Merah dibuang bijinya
10 biji cili padi

Bahan C:

Sedikit garam.

Caranya:

Daging dipotong lebih kurang 4 x 4 inci, atau chuck tender dibahagi 3 dah direbus dengan bahan2 A. Air hendaklah menutup daging yang direbus. Rebus sehingga empuk.
Apabila sudah empuk, daging dihiris setebal ½ inci. Potongan daging elok sekiranya ianya lebar2.
Tumbuk hirisan daging tadi sehingga nipis.
Goreng di dalam minyak panas sehingga ianya gareng. Angkat dan toskan

Tumiskan Bahan B di dalam minyak panas sehingga ianya gareng dan masukkan sedikit garam. Pastikan yang ianya sudah naik minyak, dan kecilkan api, masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan daging yang ditoskan tadi dan gaul sehingga rata. Sedap dimakan dengan nasi panas semasa bersahur.
Read more