Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

Nasi Goreng Cina

Selamat Datang ke Dapur Maklang
















Bahan2:

3 mangkok besar nasi yang di sejukkan
1/2 tube daging cincang
2 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
6 batang kacang panjang dihiris
1 batang lobak merah di potong dadu
3 biji lada merah dihiris
2 sdk serbuk lada putih
beberapa titik minyak bijan
2 biji telor
sedikit daun sup dan daun sadri dihiris
3 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng

bahan2 yang ditumbuk/ kisar

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan, udang kering dan ikan bilis
3 biji lada merah


Caranya:

1.Panaskan minyak.
2.Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Goreng sehingga agak merah.
3.Masukkan bahan yang dikisar, dan goreng sehingga garing.
4.Masukkan daging kisar dan goreng lagi sehingga daging agak kering.
5.Masukkan nasi dan gaul rata.
6.Masukkan sayuran,lada hiris diikuti dengan garam dan gula dan lada putih dan daun limau purut.
7.Pecahkan telur dan gaul dengan nasi. Biarkan ianya agak kering.( nasi tu dah nampak macam terlompat2 kalau atas kuali...jangan terpelanting keluar kuali sudah!)
8.Sebelum diangkat, titikkan minyak bijan dan gaul. Sedap di makan panas tau...



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sunday, September 7, 2008

Nasi Goreng Tanak

Selamat Datang ke Dapur Maklang

Nasi Goreng Tanak


















Bahan A:

3 tin beras


Bahan B:

Dikisar semuanya:

2 ulas lada merah
2 ulas lada hijau
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Bahan C:

Isi ayam dipotong kecil2
7-8 ekor udang dibuang kulitnya
4-5 ekor sotong di hiris
100 g daging di potong nipis2
Sedikit fish ball dan fish cake
Beberapa biji telur burong puyuh yang telah di rebus.

Bahan D:

Bunga kobis dipotong kecil
Cendawan butang di potong 4
½ cawan sayur campur

Bahan E;

Stok ayam/ kiub pati ayam ( maklang tak suka guna ni…so tak gunalah…resepi asal ada)
Daun pandan
Air mengikut sukatan beras

Sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan B.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan bahan C. Banyaknya bahan ini bolehlah kita agak2. Kalau suka makan banyak lauk, letak banyak2 isi2 ayam, daging dan sebagainya.
3. Apabila daging telah agak empuk, masukkan air untuk nak masakkan nasik. Masukkan juga daun pandan.
4. Bila air mendidih, masukkan beras. Letakkan sedikit garam mengikut rasa.
5. Apabila nasi sudah hampir masak, masukkan bunga kobis, cendawan dan sayur campur. Masukkan juga telur burung puyuh.
6. Apabila nasi dah masak, boleh di makan dengan keropok atau ayam berempah… atau telor goreng, salad dan sebagainya…selamat mencuba!






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, December 25, 2007

Macam2 Ada...

Selamat Datang ke Dapur Maklang


Daging berlada dengan kentang


Ayam goreng dengan tomato


Sayur campur goreng


Laksa Penang

Bahan2 nya:

1 kg ikan kembung
2 liter air
6-8 kpg asam keping
3 sdb lada kering
3 sdb bawang merah

Ikan kembung atau ikan selayang, dibersihkan dan direbus.
Asing isi ikan dan blend. Tulang dan kepala ikan diblend sehingga hancur dan tapiskan. Gunakan air rebusan ikan untuk memblend tulang ikan tadi.
Untuk membuat kuah laksa, rebuskan ikan tadi dan air rebusan ikan bersama lada kering dan bawang merah. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan sehingga kuahnya mesra. Masukkan garam. Sehingganya tidak cukup masam, tambahkan asam keping lagi.

Hidangkan bersama hirisan salad, telur rebus, nenas cincang, hirisan lada merah dan potongan limau nipis.


Kentang Oregano dengan Gajus ~ sedap ni!



Nasi Tanak


Pizza Tuna dan Sosej


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, September 25, 2007

Nasi Tomato

Selamat Datang ke Dapur Maklang




















Nasi Tomato ( Resepi Wan ~ Ibunda tercinta's resepi ~ rindu nak makan yang Wan buat!)

3 put beras basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
3 sdb minyak sapi
2 sdb minyak masak
½ cawan susu cair ( ini boleh dilebihkan jika mahu, tapi jika terlalu banyak nanti nasik nya akan menjadi agak muak ~ maklang dan famili tak berapa suka yang terlalu lemak dan heavy)
½ cawan daging cincang
3 biji tomato di potong dadu
3-4 sdb tomato puree
2 helai daun pandan


Bahan tumis :
3 bunga lawang,
5 cengkih,
5 buah pelaga dan
1 batang kayu manis.
2 labu bawang besar dimayang

Bahan untuk di mesin:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sebesar ibujari halia

Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama dengan sedikit minyak ( maklang tak suka guna terlalu banyak minyak sapi ~ muak!)
Tumiskan bahan2 tumisan sehingga bawang berwarna agak coklat
Masukkan daging cincang dan goreng sehingga daging agak masak.
Masukkan tomato buah yang di potong dadu berserta dengan tomato puree
Masukkan air dan sedikit garam dan daun pandan
Masukkan susu.
Apabila air mendidih, masukkan beras.
Kemudian masukkan kacang peas jika mahu semasa nasi hampir mendidih.



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Saturday, July 28, 2007

Nasi beryani

Beryani ayam
Acar mentah
Nasi beryani set
Selamat Datang ke Dapur Maklang



Hari ini, maklang masak Nasi Beriani. Dah lama betul tak maak beriani. Last sekali entah dekat 2 tahun lepas. Rempah beryani yang maklang biasa guna pub dah habis. So, guna aje rempah beryani yang Wan Pari bagi entah berapa lama dulu.

Jom kita masak...

Bahan2 untuk nasi:

3 put beras Basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
1/2 put yogurt ( boleh digantikan dengan 1/2 put susu pekat dicampurkan dengan 2-3 sdb perahan air limau nipis)
Sedikit garam mengikut rasa
3 biji lada merah }
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning, saffron(koma-koma) dan air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka


Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumis bwawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
Apabila mendidih, masukkan beras.
Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
Apabila nasi tlah masak, ambilkan minyak dari lauk beryani dan diletakkan kedalam nasi. Ambil jugak sedikit dari rempah beryani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan 3sdb air mawar bersama saffron. Renjis2kan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar
Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi



Lauk Beryani
1 1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
Rempah beryani 1-2 packet
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
4 biji tomato masak dimesin halus
1/2 tin tomato puree
4sdb madu
2 sdb gula putih
1 sdb gula merah
2 adb HP sauce (kalau tak ada tak pe)
1/2 tin susu cair
4 biji lada hijau dipatah2kan sepanjang 1 inci
10 biji badam dimesin halus
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka
garam mengikut rasa

Caranya:

Gorengkan ayam bersama garam dan kunyit. Jangan terlalu masak.

Panaskan mnyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan rempah tumisan bersama bawang merah yang dihiriskan.
Masukkan bahan2 yang dimesin tadi.
Apabila telah naik bau, masukkan rempah berani.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, badam, HP sause,
lada hijau, madu, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
Masukkan pula daun2 tadi bersama kismis dan gajus.
(Biasanya maklang tak letak banyak sangat dalam gajus sebab nanti tak jumpa! Baik masukkan kat dalam nasi. Senang carik!)
Apabila telah betul2 masak, ambil minyaknya dan letakkan kat dalam nasi.


Acar mentah

1 biji Timun di hiris nipis sepanjang 1.5 inci. Hempulur nya dibuang
1 biji carrot juga dihiris nipis sepanjang timun
bawang kecil dihiris
bawang putih dihiris
2 biji lada merah dihiris
1 biji tomato dipotng nipis
sedikit garam dan gula

Campurkan semua bahan. Acar ini tak dicampur dengan cuka. Tomato boleh digunakan sebagai pengganti cuka. ( Maklang pun sebenarnya taj tahan dengan cuka ni. Boleh buat perut masuk angin!)





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Read more