Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Laksa Nyonya


Selamat Datang ke Dapur MaklangSemuga mendapat manafaat dari blog ini





Bahan2:

10 bj bwg merah
4 ulas bwg putih
10 tangkai cili keringkan
3 sudu besar udang kering
Semua bahan di atas diblend dan tumiskan

Santan dari sebiji kelapa
4 batang serai dititik
3 in lengkuas di ketuk

20 ekor udang hidup atau potongan ayam
1 bungkus fish ball
1 bungkus fish cake
sedikit garam dan gula
asam keping



Masukkan Santan Dari sebiji kelapa. Jgn terlaiu pekat.
Masukkan 4 btg serai dititik & lengkuas 3 in diketuk.
Masukkan fish ball n fishcake.
Sedikit Garam n gula n daun kesom.
Didihkan.


Sambal laksa nyonya
Tumis lada kering, bwg merah dan belacan dan sedikit garam dan gula sehingga naik minyak.


Garnishing:
Telor rebus
Kacang pjg yg dicelur
Taugeh
Daun selasih / kemangi
kerang rebus

Utk kuah tadi, masukkan udang hidup. Boleh juga digantikan dgn potongan ayam jika mahu.


Selamat mencuba!
Read more

Friday, December 28, 2007

Laksa Penang

Selamat Datang ke Dapur Maklang


Laksa Penang

Bahan2 nya:

1 kg ikan kembung
2 liter air
6-8 kpg asam keping
3 sdb lada kering
3 sdb bawang merah

Ikan kembung atau ikan selayang, dibersihkan dan direbus.
Asing isi ikan dan blend. Tulang dan kepala ikan diblend sehingga hancur dan tapiskan. Gunakan air rebusan ikan untuk memblend tulang ikan tadi.
Untuk membuat kuah laksa, rebuskan ikan tadi dan air rebusan ikan bersama lada kering dan bawang merah. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan sehingga kuahnya mesra. Masukkan garam. Sehingganya tidak cukup masam, tambahkan asam keping lagi.

Hidangkan bersama hirisan salad, telur rebus, nenas cincang, hirisan lada merah dan potongan limau nipis.






Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, December 25, 2007

Macam2 Ada...

Selamat Datang ke Dapur Maklang


Daging berlada dengan kentang


Ayam goreng dengan tomato


Sayur campur goreng


Laksa Penang

Bahan2 nya:

1 kg ikan kembung
2 liter air
6-8 kpg asam keping
3 sdb lada kering
3 sdb bawang merah

Ikan kembung atau ikan selayang, dibersihkan dan direbus.
Asing isi ikan dan blend. Tulang dan kepala ikan diblend sehingga hancur dan tapiskan. Gunakan air rebusan ikan untuk memblend tulang ikan tadi.
Untuk membuat kuah laksa, rebuskan ikan tadi dan air rebusan ikan bersama lada kering dan bawang merah. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan sehingga kuahnya mesra. Masukkan garam. Sehingganya tidak cukup masam, tambahkan asam keping lagi.

Hidangkan bersama hirisan salad, telur rebus, nenas cincang, hirisan lada merah dan potongan limau nipis.


Kentang Oregano dengan Gajus ~ sedap ni!



Nasi Tanak


Pizza Tuna dan Sosej


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Monday, July 23, 2007

Laksa Johor

Bahan ulaman
Laksa Johor
Selamat Datang ke Dapur Maklang


Laksa Johor

Bahan2nya:

Bahan A untuk dimesin halus

10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1/2 cawan udang kering


Bahan B:

1.5 kg ikan kembong/ tenggiri/ parang/ selayang direbus dengan sedikit air dan asam keping. Kemudian ambil isi ikan dan di mesin sehingga halus ( campurkan dengan sedikit air rebusan supaya senang diblend). Tulang2 dan kepala ikan juga diblend (asing dari isi) dengan air rebusan ikan tadi dan diperahkan. Ambil airnya.

Bahan C:

5-6 sudu besar rempah kari ikan ( kalau ada rempah laksa lagi sedap)
2 pelepah daun kari
1-2 biji bawang merah di mayang

Bahan D:

Asam keping, garam dan gula
Santan dari 1 biji kelapa
1 bungkus spaghetti yang di rebus. Jangan terlalu lembut sebab tak sedap nanti!
Santan dari 2 biji kelapa ( kalau tak pun guna santan kotak aje- 2 kotakkecil sudah memadai)
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik

Ulam-ulaman
1-2 biji timun dibuangkan kulitnya. Kemudian potongkan keliling timun dibahagian yang keras (nipis2)macam membuat satu bulatan. Kemudian gulungkan isi timun tadi dan dihiris halus
2 ikat daun kesom,dibuangkan tangkai dan di hiris halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
1 paket lobak asin dipotong dadu
Daun selasih dihiris halus
50 sen taugeh dibuang ekornya
15 biji limau kasturi dibelah 2 dan dibuang bijinya
Sambal belacan ( Tumbukkan lada merah , cili padi dan belacan. Lebihkan belacan dan letakkan sedikit gula dan garam)


Cara2nya:

1. Mula2 tumiskan bawang dahulu (bahan C). Bila dah agak brown masukkan daun kari dan kemudian masukkan bahan A. Kemudian masukkan pula kari ikan dan sedikit air dan digoreng sehingga naik minyak. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus.

2. Masukkan santan dan isi ikan tadi berserta air rebusan ikan.

3. Masukkan kerisik.

4. Terakhir baru masukkan asam keping, garam dan sedikit gula untuk perisa.

5. Masakkan atas api yang perlahan sehingga naik minyak. Sedap di makan jika kuahnya sudah bermalam.

Biasanya laksa Johor ni dimakan dengan tangan. Oleh itu kuahnya hendaklah agak pekat sedikit.






Semuga mendapat manafaat dari blog ini.
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more