Sunday, November 18, 2012

Dari Dapur Maklang dah jadi kenyataan!

Assalamualaikum..

Selamat Datang ke Dapur Maklang


Akhirnya Dapur Maklang bukan lagi hanya di alam maya...Dah dijadikan buku! Alhamdulillah. Tapi diterbitkan di Indonesia. So, buku ni dalam bahasa Indonesialah ye:) Kalau nak, boleh tinggal komen. Sebuah harganya RM30 tidak termasuk pos:)












 Semuga mendapat manafaat dari blog ini Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sunday, July 1, 2012

Nasi Goreng Tomyam

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Assalamualaikum

Tadi pagi tak tahu nak masak apa. Tapi taulaa nak buat nasi goreng. Entah naso goreng apa pon tak ada idea. Maka mula mengarang pepagi ni...tapi biasa2 je..dah ramai orang yang buat, so maklang buat buatlaa juga..hentam aje...


bahan2:

2 put nasi yang telah di sejukkan

bahan2 utk di tumbuk

3 bj bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 in belacan
10 ekor ikan bilis dibuang perut nya
1 sd teh udang kering
4 biji lada merah

bahan utk di hiris

4 - 5 batang serai dihiris halus
1/2 bawang besar di potong memanjang
2 bj cili merah dihiris
8 bj cili padi di hiris
1 bj lobak merah di potong dadu
8 batang kacang boncis di hiris nipis


======
lain2:

2 bj telor ayam
garam
gula
minyak utk menumis
2 sd besar bumbu tomyam
5 helai daun limau purut di carik2

10-15 ekor udang dibuang kepala
3 kor sotong sederhana besar di potong sebesar 1 inci


caranya:

1. Panaskan minyak. Apabila sudah panas masukkan bahan yang ditumbuk. Goreng sehingga garing
2. Masukkan udang dan sotong dan tunggu sebentar.
3. Masukkan nasi yang telah di leraikan dan kemudian goreng sehingga nasi agak kering ( lambat sedikit sebab air dari udang dan sotong banyak yang keluar)
4. Apabila sudah agak kering, pecahkan telur . Biarkan sebentar sehingga telur agak masak baru di kacau lagi nasi tu.


5. Masukkan sayuran dan daun limau purut dan di kacau lagi. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa:)
6.Apabila nasi sudah kering, barulaa di angkat dan dihidangkan.

* boleh juga kalau mahu masukkan cendawan, brocolli dan daun ketumbar utk menambah keenakkan


Semuga mendapat manafaat dari blog ini Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Saturday, June 23, 2012

Ayam Bakar Chinese Style

Selamat Datang ke Dapur Maklang

Assalamualaikum



Bahan2:

1 ekor ayam sederhana besar di bersihkan. jangan di potong danjangan dibuang kulit

a. untuk di kisar

8 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
4 inci halia

b. 
5 sdb madu
1 sdt gula
2 sdt garam
2 sdt lada putih
4 sdb kicap pekat ( kicap mee)/ boleh juga letak sedikit kicap cair jika ada
4 sdb sos tiram
2 sdt minyak bijan
2 sdt 5 spices ( jika ada ..kalau ada ni lebih perisa)

 Nota: bahan2 di atas ni maklang agak2nya banyak dia sebab masin manis tu ikut rasa masing2. jika tak cukup perisa, tambahlah sedikit garam atau gula lagi ye


caranya:

Campurkan bahan2 a dan b hingga sebati. Kemudian perapkan dengan ayam tadi dgn memasukkan rempah ke bawah kulit ayam dan bahagian dalam ayam. biarkan selama 1-2 jam. Pastikan semua bahagian ayam dilumur dengan rata. Bakar dalam microwave selama 45 mins hingga 1 jam atau sehingga ayam masak. jangan lupa balikkan ayam alau tidak ianya akan garing sebelah je.



 Semuga mendapat manafaat dari blog ini Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Thursday, May 24, 2012

Makaroni Goreng

Selamat Datang ke Dapur Maklang

 

 Bahan

1/2 kg makaroni di rebus dengan sedikit garam dan sesudu minyak masak ( air hendaklah masih dan menggelegak baru masukkan makaroni - ikut cara2 seperti di paket)

300 gm daging cincang

2sdb cili kering yang dikisar ( optional jika mau pedas)
4 bj bawang merah      )
3 ulas bawang putih    )
1 sdb ikan bilis            )
1 sdt udang kering      )      dikisar
1/2 sdt belacan           )
2 batang lada merah   )


4sb minyak masak
 garam
gula
sedikit kicap masih
4sdb tomato sos

1 cawan sayur campur
1 cawan bawang goreng

1-2 bj telur

Caranya:

1. Tumis bahan2 yang di kisar sehingga garing
2. Masukkan daging kisar  dan goreng sehingga garing
3. Masukkan makaroni dan di gaul rata.
4. Masukkan kicap dan tomato sos.

5. Pecahkan telur dan biar sebentar sehingga telur masak sedikit,  kemudian barulah dikacau.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
7. Masukkan bawang dan sayur campur.
8. Kacau rata.
9. Angkat dan hidangkan.




 Semuga mendapat manafaat dari blog ini Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Wednesday, May 23, 2012

Ala- Ala Vietnamese Noodles

Selamat Datang ke Dapur Maklang

 
Assalamualaikum..

A: Bahan-bahan:

1kg daging lembu yang lembut ( chuck tender atau tenderloin) direbus sehingga lembut bersama sedikit garam dan sebesar ibujari halia yang ditumbuk ( rebus atas api perlahan sehingga lembut)

Apabila daging sudah lembut masukkan bahan2 dibawah dan rebus lagi selama 10-15 min atas api kecil

4 biji bawang merah di blend/ tumbuk
4 bj buah pelaga
4 kuntum bunga cengkeh
1 kuntum bunga lawang
1 batang kecil kayu manis
1-2 liter air
2 sdt lada hitam yang ditumbuk halus
sedikit garam


B:1 mangkuk taugeh yang dibuang ekornya
    1 pokok daun bawang dan 1 pokok daun sadri di hiris
    bawang goreng

C: Sambal hijau

6-7 ulas bawang putih
4-5 batang lada hijau ( kalau nak pedas lagi letak lah beberapa biji cili padi)
1 sd teh gula
8 bj limau kasturi di perah airnya
sedikit air

kesemua bahan di atas dikisar sehingga halus

 D: 2 bungkus kuew teow dibasuh dan di toskan.


Untuk hidangan:

Letakkan kuew teow di dalam pinggan kemudian tuangkan kuah  yang masih panas ke atas kuew teow tadi, letakkan taugeh, daun bawang dan bawang goreng. Di makan dengan sambal hijau

 
 




 Semuga mendapat manafaat dari blog ini Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Sunday, February 19, 2012

Kueh Kaswi

Selamat Datang ke Dapur MaklangSemuga mendapat manafaat dari blog ini

Assalamualaikum...















Tengahari tadi terasa nak buat kueh kaswi...Wan memang tere buat kueh ni. Dan bila Wan dah tere...anak dia mmglah malas nak mencuba...tinggal cuba makan aje bila Wan dah buat...and mmg superb...

Tapi since dah lama tak makan, terasa pulak nak buat...so...maklang mulalaaa kan...senang aje!


Bahan2 dia:

1 mug tepung gandum di ayak
2 sdb tepung ubi ( bumbung)
2 1/4 mug air - 1 btg gula melaka (~ 4 keping gula kerek)+ 2sdb sedikit gula putih
1/2sdt air kapur yang cair
1 helai daun pandai
1/2 bj kelapa parut yg putih dicampur dgn sedikit garam


Caranya:

1. Masakkan gula2 melaka/ kerek/ gula putih bersama dengan 2 mug air dan daun pandan.
2. Bila sudah sejuk tapiskan untuk membuang sampah2 yang mungkin ada dalam gula.
3. Campurkan kedua2 tepung dan whiskkan sehingga tidak berbintil. Pastikan air gula yg dicampurkan cuma 2 1/4 mug shj ye
4. Campurkan dengan air kapur dan kacau rata ( kapur digunakan utk mengilatkan dan mengentalkan kueh)
5. Tapiskan adunan tadi kedalam loyang. Dan dikukuskan sehingga masak dan adunan tidak lekat di tepi loyang


* adunan ini memang tersangat cair. Petua Wan kalau nak tahu ok ke tak adunan ni, bila kita celupkan tapak tangan dalam adunan, ianya tidak melekat pada tapak tangan...

Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more