Thursday, August 19, 2010

udang nestum


Selamat Datang ke Dapur Maklang


Ha..ha..Alhamdulillah...akhirnya maklang dapat gak buat udang nestum. angah lah yang nak sangat maklang belajar buat benda ni...so apalagi maklang browse laa..tengok sana sini, lepas tu kita modify laa..ikut rasa masa makan kat the Horizon Kuantan...

Bahan:
A:
1 kg udang dibersihkan, nak buang kepala boleh, tak nak pun boleh
1 cawan tepung jagung
1 sdt serbuk lada putih
garam secukupnya

B:
minyak untuk menggoreng

C:
1/2 cawan mentega
6 biji cili api yang di potong kecil
3 pelepah daun kari
1 cawan nestum
2 sdb gula pasir


Caranya:

1. Golek2 kan udang dalam tepung, lada putih dan garam yang telah dicampurkan sebati. Goreng sebentar kerana kalau terlalu lama, nanti udang akan terlalu masak dan kecut...tak sedap laa
2. Angkat dan toskan
3. Cairkan mentega dalam kuali atas api yang perlahan
4. Masukkan cili padi dan daun kari dan gorengkan sehingga kering.
5. Masukkan udang.Gaulkan.
6. Terakhir masukkan nestum dan goreng sebentar. Masukkan gula dan ratakan. Bolehlah angkat. ( api perlahan ye...takut nestum terhangus:)



Semuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, August 17, 2010

Kerabu kedondong

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Assalamualaikum


Last wiken masa kak liza datang, kami sama2 kutip buah kedondong yang tengah lebat kat depan rumah tu.Selalunya tak sempat nak ambek, monyet2 dari hutan kat belakang rumah dah makan dulu...Tapi kali ini agaknya rezeki kak liza, banyak jugaklah dapat dipetik. alhamdulillah...

So, since kak liza kata nak buat pajeri, maklang pulak kata..agaknya sedap tak buat kerabu kedondong...maka semalam, tibalah sesi campak2 and agak2 untuk menghasilkan kerabu ini. Memang maklang tak perahkan limau sebab takut masam sangat. nak2 bulan2 puasa ni takut perut meragam pulak...

Bahan2

10-15 biji kedondong yang agak muda dibuat kulit dan sagat kasar
2 biji lobak merah di sagat
1 pokok daun ketumbar dihiris halus
3/4 cawan kacang digoreng dan dikisar kasar
2 bj lada merah dihiris
6-10 biji cili padi di hiris
sedikit garam dan gula
4 bj bawang merah dimayang
2sdb udang kering direndam dengan air panas ( boleh juga kalau mahu digoreng tanpa minyak sehingga garing)

Campurkan semua bahan sehingga rata. Ratakan gula dan garam.Jika mahu boleh juga perahkan sedikit limau kasturi atau limau nipis.


Selamat mencuba..



Semuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, July 27, 2010

Lamb Steak

Assalamualaikum...


Selamat Datang ke Dapur MaklangSemuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!




Dah 2 hari berturut dapur kat rumah maklang ni, Cik Abang yang kontrol. Dia tersangat suka lah makan lamb steak. Tapi tak leh tiap2 hari..bahaya kan..darah naik..Sama macam kalau makan daging tiap hari...Ish..ish..Anyway, recipe nya senang aje..


Bahan:

4-5 potong lamb. Senang aje beli kat pasaraya..

Lembutkan daging. Tak naklah marinate masa dia keras kan


Bahan

1 sdb thyme
1sdb lada hitam
bbq sos knor atau heinz atau hunts. Kalau dapat campur lagi baik.

Campurkan semua bahan dan marinate.

Caranya:

1. Setelah diperap selama 1/2 jam, susun dalam oven selama 2o min di atas api 180darjah celcius. Balikkan dan bakar lagi selama 5 min.


Selamat makan...:)
Read more

Sunday, July 11, 2010

Ikan Siakap bersos mangga..

Assalamualaikum..

Dah berbulan dapur maklang kat sini tak berasap...he..he..tapi dapur rumah mesti berasaplah..kalau tak ada yang berasap2 kepala sebab tak dapat makan..Alhamdulillah masa maklang pergi makan ikan siakap bersos mangga kat New Horizon beberapa minggu lepas, maklang pun mencari ilham macamana lah agaknya recipe dia...Alhamdulillah..Allah kasi ilham..so untuk sape yang nak mencuba...cubalah...simple tapi sedap tau..




Bahan2nya:

Seekor ikan siakap/ kerapu dibersihkan. Rendam dengan air asam jawa dan garam untuk membuang hanyir dan darah ikan. Kemudian lap kering.

Bahan untuk menyalut ikan.

5-6 sudu besar tepung jagung
1sdt lada putih
sedikit garam

Campurkan semua bahan diatas sehingga rata

Salutkan ikan yang telah dilap kering dengan tepung jagung, lada putih dan garam tadi sehingga rata. Kemudian goreng dalam minyak yang panas. Pastikan ikan tenggelam dalam minyak. Apabila telah garing, angkat dan toskan.

Untuk sos Mangga

Sebiji mangga muda yang di parut kasar ( atau dihiris)
7-8 biji cili padi
1/2 inci
1/2 - 3/4 cawan gula
1 cawan air
1/2 cawan air yang dicampur dengan 1 sdb tepung jagung

Caranya:

Masakkan 1 cawan air dengan cili padi yang telah diblend halus bersama dengan sedikit halia.
Kemudian masukkan gula dan biarkan sehingga gula hancur.
Apabila sudah menggelegak, masukkan air becampur dengan tepung jagung dan kacau sehingga campuran pekat dan berkilat. Sekiranya terdapat bau pada cili padi tadi ( dan berasa maung), campurkan air lagi dan masak atas api perlahan.

Apabila sudah masak. Bolehlah di hidangkan bersama ikan. Curahkan sos dikeliling ikan ( supaya kerangupan ikan dapat dikekalkan). Kemudian letakkan mangga yang diparut diatas ikan.


Enjoy the food...



Selamat Datang ke Dapur MaklangSemuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more