Thursday, December 21, 2006

Brownies Cup Cake

Brownies putih telur
source : Internet
Bahan:
250 g dark cooking chocolate
100 g butter
100 g tepung gandum
250 cc/ml putih telur (resipi asli: 5 butir putih telur)
150 g gula kastor
100 g cereal apa saja dengan rasa coklat (resipi asli: kacang mede goreng tanpa minyak)
Cara Membuat:-
Tim DCC & mentega hingga meleleh (cair). ketepikan-
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam adunan DCC dan butter tadi, sambil tepungnya diayak & kacau perlahan. ketepikan.- pukul putih telur hingga berbusa. Masukkan gula sedikit-sedikit sambil pukul terus hingga kembang.- Tuang putih telur yang sudah kembang ke dalam adonan tepung sedikit2 sambil kacau rata.- last sekali masukan cereal kacau rata.- Tuang adonan ke dalam loyang cupcake - bakar di oven selama 30 menit dengan suhu 180C.- setelah masak,angkat,sejukkanSetelah cupcakes sejuk dapat di hias dengan whipped cream atau sisa2 buttercream.cobalah..membuatnya sangat mudah dan rasanya amboii..asoooii..gebooiii...hehehehe...
Read more

Wednesday, December 13, 2006

Puding Peach Chocolate


Bahan untuk cake cokelat :
Bahan A :
3/4 cawan serbuk koko (coklat powder)
1 1/3 cawan air suam. (air mateng)
gaul kedua bahan sehingga sebati ,jangan sampai berketul ketul, ketepikan
(aduk sampai rata semua bahan,sisihkan)

Bahan B :
1 3/4 cawan tepung kek (tepung terigu atau self raising flour)
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
gaul semua bahan B sehingga rata.

Bahan C.
3/4 cawan marjerin ( guna Butter lagi bagus)
1 1/3 cawan gula
3 butir telur gred B
Cara membuat kek : -
pukul butter dan gula sehingga gebu. - masukan telur satu persatu, -
setelah kembang masukan bahan A diselang seling dengan bahan B. dimulai dengan bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering juga. -
tuang di atas loyang yang sebelumnya telah disapu dengan marjerin. -
bakar atau kukus dengan suhu 180C selama 30 menit.
Bahan untuk puding : 1 tin besar buah peach
10gm agar2 serbuk
3 cawan air
cara : susun buah peach di atas loyang. masak 3 cawan air dan sisa air buah peach yg ada didalam tin.masukan serbuk agar2 dan kacau sehingga masak, ambil 1 cawan agar2 dan tuang diatas buah peach yg sudah disusun rapi tadi. masukan peti ais dan bekukan sekejap. sisa agar2 dan kek cokelat tadi di mixer sehingga halus dan tuang diatas agar2 yg sudah beku tadi. masukan dalam peti ais selama 30 minit dan siap di hidang.
Read more

Thursday, November 16, 2006

Lemon Cake Poppy Seed

Pastinya udah pernah nyobain cake lemon kan? tapi bagaimana rasanya jika ditambahkan biji poppy seed? Hmmm lezaaat..rasanya krenyes2 gitcuu lhoo..tak percaya? cobain dech :-))
Lemon Cake Poppy Seed
Bahan :
230gr mentega
175gr gula halus
4 butir telur
1 sdm pure extrac buah lemon (dari 1 biji lemon ukuran sedang)
290gr Tepung cake/tepung gandum/tepung terigu
1/4 sdt garam
1 sdm ovalette
3 sdm sunquick
1 sdt baking powder
biji poppy secukupnya (kira2.. 3sdm bila suka)
Icing utk hiasan atas cake :
120gr icing sugar (ayak)
2 sdm sunquick
3 sdm fresh orange juice
Cara :
Mixer mentega,ovallette dan gula sampai putih dan kembang.masukkan telur satu persatu.mixer lagi sampai kembang.bila sudah kembang masukan tepung cake yg sudah diayak dengan baking powder.masukan lemon dan sunquick.mixer dgn kecepatan rendah.last masukan biji poppy. aduk hingga rata. tuang dalam loyang yg sudah dioles mentega dan alas dengan kertas roti. bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 50 menit.
Cara membuat icing/glazur :
campur gula icing dengan sunquick dan fresh orange juice.mixer dgn kecepatan sedang selama 2menit. bila cake sudah mateng/masak,dinginkan.Olesi atas cake dengan icing, kalau icing sudah kering, potong2 dan sajikan.
Read more

Wednesday, November 15, 2006

Monday, November 13, 2006

Cake Kukus Daging



Cake kukus daging
Bahan :
5 butir telur
10g cake emulsifier (quick atau ovalette)
125g gula kastor
220g tepung cake
30g tepung susu
1/2 sudu teh baking soda
150ml freshmilk (boleh pakai susu cair evaporated)
80g marjerin (cairkan)

Bahan utk Isi :
1 sudu makan marjerin utk menumis
2 ketul bawang putih, haluskan
200g daging ayam kisar halus
100ml santan kental
2 sudu makan kecap manis
garam, lada putih,maggie atau knor rasa ayam secukupnya

Cara membuat :
1. macam biasalah, panaskan marjerin, tumis bawang putih sehingga harum,masukan daging ayam, setelah daging ayam cukup masak masukkan santan kental,kecap manis dan maggie,masak sehingga santan meresap dan kering.

2.pukul telur,cake emulsifier dan gula kastor sehingga kembang dan kental,masukan tepung cake dan tepung susu,pukul terus sehingga rata.masukan freshmilk atau susu cair evaporated dan marjerin cair,kacau sehingga sebati.

3.siapkan acuan kecil2,sapu marjerin dan taburi dengan tepung.letak bahan isi (daging ayam yg sudah dimasak tadi) dibahagian bawah.tuang adunan cake hingga 3/4 penuh dari permukaan cetakan (nanti akan sedikit naik)

4.Kukus selama 20 menit dengan api medium. sebelumnya air kukusan dipanaskan dahulu.agar cake nampak cantik dan tidak berlubang lubang, ketika mengukus ,tutup panci lapisi dengan kain lap atau tutup semua acuan dengan kertas alumunium foil.sehingga air tidak menetes diatas kek.

5.kek kukus daging dapat dihidang dengan taburan keju yang telah diparut (kalau suka)selain dengan campuran daging,setengah adunan, boleh gaul dengan fruit mix dan kukus seperti diatas, hmm..sedap juga ...!!...
Read more

Saturday, November 11, 2006

Creampuff Asik


Creampuff Asik
Bahan :
120gm butter cup
255ml air
1/2 sudu teh garam halus
145gm tepung high protein
1/2 sudu makan gula
4 butir telur

Cara :
Masak air + gula + garam + butter. setelah butter leleh masukan tepung sedikit demi sedikit, kacau sampai adunan tdk melekat di panci.ketepikan sampai agak suam.setelah agak suam, mixer adunan dan masukan telur satu persatu.masukan adunan dalam piping bag dan gunakan nozzle bintang size yg paling besar.buat melingkar (bulat) diatas loyang.bakar selama 10 menit dengan suhu 200C dahulu, kemudian turunkan suhu ke 180C dan bakar lagi selama 20 minit atau shingga kekuningan.selama membakar,pintu oven tdk boleh dibuka. kalau creampuff sudah masak,biarkan dulu sekejap dalam oven sekitar 5minit baru dikeluarkan agar creampuff tidak kempes kembali.gunakan gunting ketika membelah creampuff. semprotkan lemon filling /vla hidangkan. (utk anak2 biasanya dihias dengan buah gula etc)

Lemon filling :
450ml air dicampur dengan susu pekat kira 8 sudu makan
3 sudu makan custrad powder
1 sudu makan serbuk nutrisari rasa lemon(serbuk nutrisari adalah serbuk minuman rasa lemon yg hanya dijual di indonesia.boleh gantikan dgn 1 atau 2 sudu makan sunquick atau perisa lemon lain yg disuka)

Cara :
masak air yg sudah dicampur dengan susu pekat,kacau shingga rata.kalau masih terasa kurang manis boleh tambahkan sedikit gula.masukan serbuk nutrisari/sunquick/atau perisa yg disukai. cairkan tepung custard dengan sedikit airsejuk didalam mangkuk kemudian tuang dalam adunan air dan susu tadi.kacau terus sehingga pekat. sejukkan.

selamat mencuba .....
Read more

Bahulu Kukus Pelangi

BAHULU KUKUS PELANGI
Bahan :
250gm tepung self-raising
200 gm gula castor
2 butir telur
200 ml santan (gw ganti dgn freshmilk)
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan ovalette
1/2 sudu teh garam50gm butter (cairkan)
3 sudu makan sunquick
Biji Poppy secukupnya (ada jual di kedai bahan kue)
pewarna makanan kaler pink,egg yellow dan green.

Cara :
Campur semua bahan menjadi satu.pukul sampai benar2 kental dan mengembang. setelah kembang masukan sunquick. kacau rata. last sekali masukan butter yg sudah dicairkan dan biji poppy secukupnya. kacau rata dengan menggunakan spatula.Bagi adunan menjadi 3 bahagian dan masing2 bahagian beri warna pink,green dan egg yellow.Siapkan loyang yang sudah disapu marjerin dan alasi dengan kertas minyak.Tuangkan adunan sedikit2 dari tengah di satu titik, bergantian satu persatu sampaiadunan habis.(macam nak buat kek zebra).

didihkan air terlebih dahulu dalam panci. Kukus kek dalam panci yang sudah beruap panas selama 45 menit. tutup loyang dengan alumunium foil agar kek tidak berlubang2 bila terkena air kukusan.selalunya kek bahulu kukus akan menjadi kering setelah beberapa jam dimasak tapi dengan menambahkan sedikit butter InsyaAllah kek akan tetap terasa lembut dan lembab. biji poppy pula menjadikan sensasi yg lain daripada biasanya.

selamat mencuba :-)
Read more

Chocolate Cake

KEK COKLAT MOIST
Source : Resipi.net
Bahan (A)
2 gelas gula kastor (saya pakai 1 gelas aja,soalnya takut terlalu maniz.
1 3/4 gelas tepung gandum / tepung cake
3/4 gelas coklat bubuk
1 gelas minyak (minyak goreng yaaa..bukan minyak tanah hehehe)
1 gelas susu cair (boleh susu apa aja,saya pakai susu segar yg ada dalam kotak )
1 sendok teh soda bikarbonat
2 biji telor (kocok sebentar pakai sendok aja, kayak mo buat dadar telur itu lho))

Bahan B :
1 gelas air panas (yg dimasak betul2 mendidih)

Cara membuat
:- cemplungkan semua bahan A dlm mangkuk n aduk rata. Masukkan telur yg udah dikocok tadi .terakhir masukan air panas . Aduk rata pakai sendok....jangan sampai ada tepung mrintil2..- Biarin selama 1/2 jam..- panas kan oven 170/180C- masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 45 menit

penyelesaian :
Setelah cake mateng,sejukkan sebentar. kemudian siram cake dengan

ganache coklat yg terbuat dari :
100gr whipping cream
200gr DCC
1 sendok makan butter (utk keliatan coklatnya mengkilat)
masak semua bahan ganache coklat dalam panci kecil. bila agak dingin, siram atas cake.
parut sedikit DCC dan taburkan diatas cake
Read more

Lapis Surabaya Zigzag

LAPIS SURABAYA ZIGZAG
Bahan :
6butir telur
150gm gula kastor
175gm tepung gandum
30gm emulsifier
1/2 sudu teh butter flavor
3 sudu makan tepung susu
75ml air
1/2 sudu teh vanilli
1/2 sudu teh baking powder
150gr mentega cairkan, sejukkan

pewarna makanan kuningstrawberry
jam secukup rasa

cara :-
pukul telur,emulsifier dan gula pasir sampai kembang.- campur tepung gandum,tepung susu dan baking powder,aduk rata dan masukan sedikit demi sedikit dalam adunan telur, sambil terus di mixer dengan kecepatan rendah (2) pukul hingga kental.- last masukan mentega cair dan aduk dengan spatula.- bagi adonan menjadi 2 dan tuang dalam loyang yg ada acuan zigzag didalamnya (loyang ini biasanya digunakan utk membuat kek lapis sarawak)bakar dalam suhu 180c selama 15-20 menit.setelah kek masak sapu bagian yg ber zigzag dengan jam strawberry dan tangkupkan sehingga zigzag saling menutupi.
Read more

Tekwan

Tekwan adalah sejenis soup yang berisi daging ikan dengan rasa yang sangat istimewa,hidangan khas daripada pulau sumatera (palembang) Indonesia

TEKWAN
Bahan utk membuat biji tekwan :
200 g daging ikan tenggiri (buang tulangnya)
2 bijik bawang putih, haluskan
1 sudu teh garam
3 sudu teh gula
1 blok kaldu ayam instant (knor atau maggie rasa ayam)
200 ml air dingin
150 g tepung sago ato tapioca
1 batang daun bawang , iris halus

Cara membuat biji tekwan :
Campurkan semua bahan kecuali tepung sago dan blend sampai halus.setelah halus masukan tepung sago dan gaul sehingga sebati. buat bentuk bola2.masak air hingga mendidih dan rebus bola2 tersebut sampai masak (tandanya dengan mengapung dipermukaan air).bila sudah masak, angkat dan ketepikan.

Bahan utk kuah :
250 g udang, sertakan kulit dan kepalanya
10 ekor udang size agak besar, kupas, cincang kasar
1/2 bijik bawang besar, size sederhana,potong nipis
5 bijik bawang putih (haluskan)
10 kuntum bunga sedap malam kering, rendam air panas, setelah lemas, simpulkan,
4 bijik cendawan hitam, rendam dengan air mendidih, setelah lembut cuci bersih2, iris/potong2 kecik.
1 buah sengkuang size sederhana, kupas, potong kecil2 dan nipis
2 blok kaldu ayam instant (knor atau maggie perisa ayam)
2 sudu teh garam2 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada sulah
air secukupnya
soun, seduh dengan air mendidih
daun sup. cincang
bawang goreng

cara membuat kuah tekwan :
- Rebus kulit dan kepala udang kira2 1 jam dengan api sedang. tambahkan lagi air secukupnya, didihkan sekali lagi, lalu saring.ambil isi udang, buang kepala dan kulitnya.masukan knor/maggie,garam,gula,lada sulah.- haluskan bawang putih dan bawang besar. tumis/goreng sehingga kekuningan dan harum, masukan udang yg sudah dicincang kasar, tumis shingga udang berubah warna.masukkan bunga sedap malam dan jamur kuping. kacau rata.- masukkan tumisan ke dalam kuah. masukkan juga sengkuang dan biji tekwan, masak hingga bengkuang agak lembut.- hidangkan dengan soun yg sudah direndam air panas dan taburkan bawang goreng dan daun sup.-kalau nak pedas, tambahkan sambal cili
Read more

Tuesday, July 4, 2006

Telor Bungkus

Telor bungkus...ni utang nih...

4-5 biji telor ayam di pukul + garam, dan didadarkan agak nipis


Satu labu bwg besar didadu
1 bungkus daging cincang
2 ulas bawang putih didadu.
sedikit halia didadu
2 cawan mixed vegetables
tomato and cili sauce
garam and sikit gula


Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan daging dan goreng sampai daging agak kering . Them masukkan tomato and cili sauce dan gaul rata. Sukatan nya ialah sampai agak2 tak terlalu basah. Last masukkan the mixed veg tu dan gaul rata. Jangan lupa garam and gula tu. Lepas tu masukkan dalam telor dadar dan bungkus!
Read more

Tuesday, May 9, 2006

Spaghetti sauce and Lasagna

Nak buat spaghetti senang je.
Ni my version yang dah Malaysianized!
Bahan2:
Carrot sebatang di dadu
Capsicum 1 biji pun didadu
Button mushroom 1 tin di hiris nipis
Bawang besar 2 di dadu
Daging cincang 1 packet
Sedikit cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia blend.
Barbecue sauce 0.5 botol
tomato puri 0.5 tin
tomato buah 4 biji diblend
Satu sudu kecil oregano
garam and gula

Tumis bawang2, lada and halia sampai garing. Masukkan daging and kacau sebati. Masukkan tomato blend, tomato puri, barbecue sauce and all the sayuran. Letakkan atas api perlahan . Bubuh garam and gula mengikut rasa. Last sekali letakkan oregano. Bahan2 nya boleh adjust ikut kegemaran. InsyaAllah jadik!.

Kalau ada leftovers from the sauce, boleh buat lasagna.


















Caranya:

Rebus 5-7 keping lasagna sheets. Banyaknya sheet ikut loyang kita and berapa lapis kita nak buat .

Untuk white sauce:

0.5 kotak fresh milk
4 sudu besar butter
1 sdb tepung gandum

Panaskan butter, masukkan susu and then gaulkan tepung hingga rata dan tak berketul lagi.

Kemudian sapukan mentega kat loyang tu. Letakkan lasagna sheets yang dah di tos kan tu sehinnga menutup loyang. Senang kalau guna loyang yang segi. Letakkan sauce spaghetti tu rata2 and lapiskan dengan white sauce. Lepas tu diulang dengan lasagna sheets dan seterusnya. Last sekali tutup dengan lasagna sheets and then white sauce. Kemudian bakar sehingga masak dan kekuningan.

InsyaAllah jadik and selamat mencuba!!!
Read more

Sunday, April 23, 2006

Coklat Kek


Bahan A
2 cawan gula pasir
0.9 cawan minyak masak
0.75 cawan koko
1 .75 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair Ideal *
1.5 sdt bikarbonat
1.5 sdt baking powder
0.5 sdt garam
3 biji telor ayam

Bahan B

1 cawan air mendidih

Campurkan semua bahan a sehingga sebati. Apabila sudah sebati baru masukkan air mendidh dan digaul sehingga sebati dan bakar selama lebih kurang 1 jam

Selamat mencuba.

* susu Carnation kena guna yang buat kek . Kalau yang buat air tu kek tak naik sangat.
Read more

Friday, April 21, 2006

Roti Jala

Seperti yang dah dijanjukan dengan kawan seangkatan yang rajin masuk blog maklang, kat sini maklang tulis resepi roti jala dulu ye...

Bahan2nya:

1 kilo tepung gandum yang diayak
1 tin susu cair
1 biji telor
sedikit garam dan pewarna kuning
Air lebihkurang 800ml (atau agak2 mengikut kecairan tepung)

Semua bahan diacmpurkan dah kemudian diblendkan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair kerana ini menyebabkan roti jala melekat pada kuali.

Sebelum roti dijalakan di atas kuali, pastikan minyak itu panas.


Read more